MB hadiri majlis penyerahan tugas Presiden PERAKAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud menyaksikan penyerahan tugas Presiden Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (PERAKAN) Malaysia di Ideal Hotel di sini, semalam.

- Advertisement -

Pada majlis itu mantan Presiden PERAKAN, Dato’ Dr Wan Muhamad Aminudin Wan Hussin menyerahkan tugas kepada Ustaz Mohd Ariff Yusoff sebagai pemangku Presiden PERAKAN yang berkuasa kuasa serta merta. (Foto atas)

Mohd Nassuruddin dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Mohd Ariff Yusoff diatas perlantikan tersebut serta memberi idea yang bernas membantu golongan perantauan anak Kelantan.

“Tahniah dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Ustaz Mohd Ariff bin Yusoff atas pelantikan sebagai Pemangku Presiden Persatuan Anak Kelantan Perantauan (PERAKAN) Malaysia.

“Semoga usaha ni dapat memperkukuhkan lagi ukhuwah dan hubungan sesama ahli, serta PERAKAN terus menjadi wadah penyatuan dan kebajikan anak-anak Kelantan di perantauan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud dan Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN), Ustaz Razuan Awang Hamad.

Pemilihan tersebut bagi menggantikan Wan Muhammad Aminudin yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bermula pada 1 Jun lalu.

Sementara Mohd Ariff sebelum ini yang telah berkhidmat selama 20 tahun di Sabah mahu melaksanakan amanah yang diberikan bagi memperkukuhkan perpaduan dan kebajikan anak Kelantan di perantauan.

“Amanah ini besar dan insya-Allah saya dan pasukan kepimpinan PERAKAN baru akan terus beriltizam meneruskan peranan PERAKAN sebagai jambatan di antara kepimpinan negeri dan anak perantauan.

“Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kejayaan barisan kepimpinan baharu dalam memperkemaskan PERAKAN sebagai wadah penting rakyat Kelantan di perantauan,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/7/2025

- Advertisement -