Naik taraf jambatan Marang capai lebih 53 peratus

Hanafiah (kiri) bersama Alexander (tengah) semasa lawatan kerja ke tapak projek menaik taraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Projek menaik taraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang, kini mencapai kemajuan fizikal lebih 53 peratus.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dato’ Hanafiah Mat berkata, projek yang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer merentasi sungai Marang itu dijangka siap sepenuhnya pada 2027.

“Doa-doakan semoga dipermudahkan segala urusan menaik taraf dan ianya dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. InsyaAllah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan.

Untuk rekod, pembinaan jambatan sepanjang kira-kira 220 meter dan jejambat merentasi bandar Marang sepanjang 680 meter serta kerja menaik taraf jalan sejauh 1.5 kilometer itu membabitkan peruntukan sebanyak RM339 juta dimulakan sejak Disember 2021.

Sementara itu, Alexander memaklumkan setakat ini kerajaan sudah membayar kira-kira RM172 juta kepada kontraktor yang dilantik.

Menurutnya, jambatan baharu itu direka bentuk bagi membolehkan kapal nelayan zon C melalui Sungai Marang tanpa halangan, berbeza dengan jambatan sedia ada yang berusia lebih 55 tahun. – HARAKAHDAILY 15/7/2025

- Advertisement -