Isu kehakiman: Usah biar keyakinan awam terjejas

Ahmad Amzad
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kemelut melibatkan isu kehakiman perlu diselesaikan dengan segera mengikut Perlembagaan serta menghormati peranan semua pihak yang terlibat, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim

- Advertisement -

“Saya berpandangan kemelut ini perlu ditangani segera dengan penuh berhati-hati. Jangan sampai masyarakat melihat seolah-olah wujud campur tangan yang tidak sepatutnya dalam pemilihan Ketua Hakim Negara.

“Jawatan Ketua Hakim Negara merupakan kedudukan tertinggi dalam sistem keadilan negara,” katanya menegaskan betapa situasi tersebut jika dibiarkan berlarutan boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.

Terdahulu, sekumpulan Ahli Parlimen PKR diketuai Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, dalam sidang akhbar mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

RCI itu dicadangkan bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim serta keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.

Sidang akhbar yang turut disertai enam Ahli Parlimen PKR lain itu juga membangkitkan dakwaan seperti pencalonan hakim tidak diangkat, pelantikan utama tergendala serta prosedur mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Hakim (JAC) dipersoalkan. – HARAKAHDAILY 11/7/2025

- Advertisement -