RUU PIN: Kelantan cakna dasar berkait perubahan iklim

- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang bagi kali kedua tahun ini.

- Advertisement -

Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pertemuan tersebut memberi fokus utama terhadap pembentangan awal dalam Sesi Libat Urus Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN).

Beliau berkata, RUUPIN Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) itu merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Lersekutuan dalam merangka Dasar Perubahan Iklim Negara.

“Saya tegaskan setiap laporan, syor dan tindakan agensi terlibat mestilah dilaksanakan segera, tepat dan menyeluruh, jangan berlengah dan jangan pandang ringan setiap arahan diputuskan.

“Penyertaan Kelantan dalam sesi libat urus ini membolehkan pandangan dan kepentingan negeri disuarakan selaras dengan keperluan mengambil kira pelbagai latar dan cabaran setiap negeri,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 dilancarkan dan menjadi panduan utama yang menghubungkan semua pihak berkepentingan dalam urus tadbir berkaitan perubahan iklim.

Malah DPIN 2.0 menjadi tulang belakang utama kepada penggubalan Akta Perubahan Iklim Malaysia yang masih di peringkat pembangunan dan dijangka dibentangkan dalam Parlimen tidak lama lagi.

Pada masa sama, pihak NRES sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang akan melengkapi pembangunan RUUPIN selain pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. – HARAKAHDAILY 10/7/2025

- Advertisement -