Tafsir karangan Tuan Guru telah diserah kepada JAKIM

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Tafsir al-Tibyan yang dikarang oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

- Advertisement -

Perkara itu dimaklumkan oleh Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi laman Facebooknya, semalam.

Beliau menyatakan demikian susulan mengunjungi pejabat Yayasan Permata Ummah bagi memantau perkembangan terkini penerbitan Tafsir al-Tibyan karangan ayahandanya itu. (Foto atas)

“Alhamdulillah keseluruhan 15 jilid (30 juzuk) telah diserahkan kepada pihak JAKIM dan sebahagian besar telah disunting,” ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu.

Menurut beliau, sekarang Tafsir al-Tibyan dalam proses untuk diserahkan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk proses selanjutnya.

“Insya-Allah jika tidak apa-apa halangan, awal tahun hadapan akan dicetak. Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan,” ujarnya yang juga ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 9/7/2025

- Advertisement -