Warga Felda Sg Panching nikmati ‘Roti Canai Tebar YB’

- Advertisement -

KUANTAN: Program Hi-Tea Santai Bersama YB di Felda Panching Selatan menarik perhatian penduduk setempat.

- Advertisement -

Suasana penuh mesra dan ceria bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya dalam program tersebut cukup istimewa, hari ini.

Bukan sekadar turun padang, beliau sendiri turun dapur menebar roti canai panas-panas untuk dinikmati oleh penduduk di situ. (Foto atas)

“Tangan YB bukan sahaja menyalur bantuan, tapi juga mahir ‘menebar kasih sayang’ dalam bentuk hidangan yang menyatukan hati rakyat,” menurut catatan di laman sosial beliau.

Program yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching Felda Sungai Panching Selatan itu menyediakan menu istimewa iaitu ‘Roti Canai Tebar YB’ dan mihun sup.

Semua yang hadir menerima sumbangan dan layanan yang cukup mesra.

“Beginilah gaya pemimpin rakyat – ringan tulang, dekat di hati, ikhlas berbakti,” tambah catatan itu lagi.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Tarmizi mengucapkan terima kasih kepada warga Felda Panching Selatan yang hadir memeriahkan dan menikmati juadah bersama.

“Inilah semangat kekeluargaan yang terus menguatkan ukhuwah kita,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/7/2025

- Advertisement -