
PENAMATAN Pengerusi FELDA secara secara tiba-tiba satu perkara yang pelik. Ketika beberapa agenda penting dan besar belum selesai, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ditamatkan tugasnya sebagai Pengerusi Felda dengan alasan kontraknya sudah tamat dan tidak disambung.
Surat keluar pada 30 Jun 2025 dan notis ini memaklumkan dengan jelas berkuatkuasa para hari yang sama notis keluar iaitu 30 Jun 2025 selepas menerajui FELDA hanya dua tahun sahaja seolah-olah ada sesuatu.
Ketika FELDA berhempas pulas mencari 3 peratus baki saham FGV untuk mencukupkan syarat yang ditetapkan Bursa sekurang-kurangnya 90 peratus pemilikan menyah senarai FGV yang disasarkan urusan ini akan berjaya selewat-lewatnya akhir Julai ini tapi terpaksa dianjak sebulan lagi kepada Ogos 2025. Ini satu transaksi besar yang melibatkan berbilion ringgit.
Jika beliau cemerlang memimpin atau berjaya menginjak FELDA keluar dari belenggu apa yang dihadapi, sudah tentu kontraknya akan disambung paling tidak setahun lagi. Tapi sejurus beliau mempengerusikan satu mesyuarat berkaitan FELDA notis penamatan dikeluarkan.
Lazimnya Perdana Menteri akan menamakan satu nama pengganti sebelum penamatan atau sejurus penamatan kontrak, tapi penamatan ini berkuatkuasa tanpa pengganti. Ini memberi gambaran tidak baik kepada FELDA kerana sudah tentu akan menimbulkan pelbagai tanggapan negatif.
Sehari selepas itu ada surat dari ketua peneroka FELDA Kebangsaan, Encik Sulong Jamil Mohamad Shariff merayu kontrak Shabery disambung. Ini lagi satu tindakan pelik, merayu selepas notis penamatan dikeluarkan, bukankah usaha merayu atau melobi sepatutnya dilakukan sebelum notis penamatan dikeluarkan.
Ini mengundang persepsi FELDA dalam situasi bahaya, ada sesuatu yang akan berlaku atau pun ada sesuatu kesalahan kesalahan besar dilakukan dilakukan oleh Shabery dalam tempuh menerajui FELDA, ataupun Perdana Menteri ada agenda lain yang akan dilakukan kepada Agensi besar FELDA ini.
Lagi menakutkan terdapat cakap-cakap sebelum ini, ada satu parti kaum cina sendiri sangat berkehendakkan penguasaan FELDA ini dan sudah diketahui umum sebelum ini mereka sudah berusaha untuk masuk atau menghulurkan kaki mereka untuk bertapak perlahan-lahan menguasai entiti yang mempunyai lebih 800,000 hektar tanah.
Apa yang berlaku memang membuka ruang persepsi, kebimbangan dan bermacam-macam andaian akan berlegar di kalangan 112,635 keluarga peneroka FELDA di 317 tanah rancangan seluruh negara.
Apa pun yang bakal berlaku, warga FELDA seluruh negara mestilah bersatu mempertahankan FELDA dari anasir-anasir luar dan jahat yang mengintai peluang menguasai FELDA dengan perbagai cara dan kaedah. Ini lah satu-satunya aset khasnya orang Melayu yang kita banggakan selamat ini sejak dari penubuhannya 70 tahun lalu.
Ayuh selamatkan FELDA.
NARAZA MUDA
FELDA Jerangau Terengganu – HARAKAHDAILY 7/7/2025
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/1BpMatVs57/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











