Gagahnya Ayah Chik melangkah demi ilmu

- Advertisement -

SAKIT? Ku tahan demi menyebar ilmu.
Sedih? Ku lupakan demi membuka laluan ke syurga.
Letih? Ku kesampingkan demi rehat yang damai di alam baqa.
Dihina? Ku pekakkan kerana ayat Quran dan hadis lebih merdu dan bermakna untuk hidup.
Berhenti? Ku buang perasaan itu kerana istiqamah adalah wajib dan perlu hingga mati.

Katalah, hinalah, kutuklah, seksalah, sekatlah kerana semua itu telah dilalui golongan anbiya yang mulia sejak mula agama Allah wujud di muka bumi ini.

Jika mereka semua yang jauh lebih mulia terkena semua itu, apalah sangat kalangan ulamak akhir zaman yang sangat jauh dari nilai kesakitan ujian para anbiya lalui itu.

- Advertisement -

Maka bergeraklah ke medan jasa, tiada dihirau semua caci dan cerca. Kalah menang urusan Dia. Kita istiqamah jalankan amanahNya

Sucikanlah niat di hati,
Kerana pergi tidak lagi kembali,
Hingga nyata benarnya janji Rabbi,
Semua janjinya, Allah akan penuhi.

Hampir setengah abad berulang alik ke masjid pada hari Jumaat menyampaikan ilmu, tanpa ada satupun tuduhan atau fitnah yang mendakwa beliau sesat dibuktikan di mahkamah malah diterima dan diangkat oleh Ketua Agama Islam Terengganu, Sultan Terengganu sebagai Menteri Besar untuk memerintah negeri, jelas membuktikan beliau bukan golongan sesat.

Judi, riba dihapuskan, tiada kes salah laku rasuah dilakukan oleh barisan kepimpinan beliau sepanjang memerintah, bukti apa lagi yang golongan gila di luar sana mahukan?

Bila tengok ulamak yang sakit menjadi segar kerana agama, hina sungguh rasa diri yang jahil ini…

MOHD NASIR ABDULLAH
4 Julai 2025 – HARAKAHDAILY 4/7/2025

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -