Aksi Iran memicu Israel kalah perang

- Advertisement -

Titik bingit ketakutan terhadap Iran atas fitnah besar dapat dinafikan bahawa salsilah pemerintah Iran usai revolusi dari jalur Ali Abi Thalib dan Ahlul Bait setelah wafat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

- Advertisement -

Titik lemah Zionis Israel pula dilaporkan dalam sumber Home Asia Pasifik, Eropah, Amerika Timur, Timur Tengah dan Afrika. Fokus dalam indeks Home Timur Tengah bahawa Iran telah terang lagi bersuluh mengesan titik merah menghadapi perang Iran-Israel.

Media asing menyebar luas unjuk rasa warga di ibu kota besar seperti London, Paris, New York, Santiago, Barcelona, Berlin, Melbourne, Seoul, Stockholm, Scotland, Brussel, The Hague, Toroto, Geneva, Liverpool, Islo, Sydney, Rome, Copenhagen, Manchester, Jakarta dan lain-lain yang menolak rejim brutal dan ambang perang dunia dahsyat.

Sementara perseteruan atau permusuhan dan saling membenci di antara kumpulan Syiah dan Sunni pada awalnya membabit soal kepimpinan bukan akidah kerana masing-masing emosional fasal pengganti pascawafat baginda Rasullullah SAW hingga berlaku perang Jamal, perang Siffin dan tragedi Karbala. Jalur merah di antara kedua pihak dimanipulasi dan adu politik melewati sejarah Islam yang menguntungkan dinasti dan kekuasaan. Puak Sunni mengupaya kekuasaan dengan mengkriminalisasi dan menunding Syiah apalagi waktu Syiah meneraju tampuk kuasa dinasti Syafawi berlaku penindasan terhadap Sunni.

Musuh Islam yang dominasi kasus itu adalah Zionis dan Barat kolonial memperkuat polarisasi agama agar umat Islam tidak bersatu. Tambahan aliran Wahabi menuduh Syiah menyembah Ali, menghina sahabat dan berpegang pada Quran palsu serta menuduhnya kafir. Naratif ini tersebar meluas pada abad ke-18 melalui gerakan Wahabi di media ceramah, buku, web dan media sosial

Usai revolusi 1979 suatu era Iran moden yang tampil berlawan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS). Iran siap siaga berlawan dengan AS kerana pengalaman Iran berperang dengan Iraq selama 8 tahun dari tahun 1980-1989 sedangkan Israel perang paling lama dengan kumpulan HAMAS dihitung gagal. Musuh Iran membina naratif Iran Syiah agar tidak menjadi anutan muslim negara lain dengan cara uar-uar ketakutan bahawa Syiah berbahaya pada akidah.

Sementara dalam kasus menghadapi perang dunia ketiga dihitung massa bahawa 20 juta warga AS dan Eropah telah siap siaga. Malah Sweden menggesa penduduk siap stok makanan kerana banyak negara akan ikut serta dalam perang panjang apabila Israel kalah kepada Iran kelak.

Israel secara militer sudah kalah kerana pandangan buruknya kepada Iran yang dianggap lemah politik, ekonomi dan militer namun dalam tempoh 46 tahun Iran membangun kekuatan militer secara mandiri.

Tambahan Iran tidak meminta bantuan sebaliknya berlawan sendirian atas sifat satria bukan pengecut seperti Israel yang muluk bantuan dari AS. Ini memperlihat posisi Iran menang apatah lagi Republik Iran memiliki puluhan ribu rudal generasi baru dan sedikit sekali, iaitu hanya ratusan rudalnya menembak ke Israel.

Iran menang atas autonomi dukungan sosial yang padu, iaitu tidak pernah terjadi sebelumnya dari penduduk tempatan malah solidariti warganya di luar negara menjadi entiti menggunakan massa bersejarah untuk meneutralkan ancaman rejim Zionis Israel.

Meskipun Iran menyedari akan perlawanan dengan AS yang ikut serta menyelamatkan Israel apabila berlaku serangan ketenteraan tetapi Iran dalam realiti dan siap siaga menghadapinya. Ayotallah Ali Khamenei, pimpinan tertinggi Iran berkata bahawa militer Tehran secara tektikal dan praktis dapat melumpuh dan menghancurkan kaya rawa Israel tanpa AS kelak.

Sementara jurubicara Garda Revolusi Iran (IRGC) Briged Jenderal Ali Mohammad Neine mengatakan bahawa Iran akan reaksi dan aksi mematikan atas tindak-tanduk Israel dipetik sumber berita CNB, 1 Julai lalu. Beliau menegaskan rejim Tel Aviv tidak upaya memahami kekuatan bangsa Iran dalam mendukung Republik Islam di medan perang.

Massa lalu perang Gaza sebagai mitos Israel kuat dan Gaza sudah disekat mendapat hak sebagai warga Palestin sejak 2007 malah sebelum tahun 1979 lagi Gaza disekat ekonomi, politik mahupun militer namun secara militer dan intelegen telah ditembusi oleh HAMAS. Malahan upaya Iran menyerang balas sengit dan mematikan telah menimbulkan ketakutan warga Israel kerana serangan lebih parah daripada kumpulan HAMAS, Hizbullah dan Houthi Yaman.

Rentetan serangan prestasi tinggi dari Iran telah mengorbankan enam jeneral militer, 27 agen intelegen mossad, 78 anggota keamanan, 27 anggota angkatan laut, 1097 perajurit angkatan udara, 463 tentera dan 423 orang awam meninggal dunia. Serangan ini merupakan reaksi langsung atas kasus makin merancak dalam mingguan terakhir Jun lalu dilakukan Iran atas strategi sah menyebabkan Israel dalam situasi berkabung dan titik bingit sirim kecemasan di beberapa kota rayanya.

Persenjataan Iran canggih dari Eropah khususnya Eropah Timur pascapecah Soviet. Mereka datang ke Israel atas jaminan keamanan pemerintah tetapi pascaserangan 7 Oktober 2023 mereka tidak mendapat jaminan itu ditambah perang dengan Iran jauh lebih menakutkan mereka.

Kebiadapan Israel tidak mendapat hukum dari mana-mana organisasi dan entiti dunia. Israel kebal dari hukum antarabangsa. Iran menjaga momentum ini kerana Iran berada di atas angin ketika negara Islam lain atau Arab diam dan lemah mengelola keadilan bagi Palestin agar menghukum Israel.

Iran mengambil peranan negara Islam atau Arab yang lumpuh menghadapi Israel tetapi Iran melalui dewan keamanan, iaitu suatu organisasi paling berpengaruh dalam politik, ekonomi dan militer terhadap Israel yang kebal meskipun melanggar hukum antarabangsa atau piagam PBB.

Populariti Iran pada massa dan dunia khususnya umat Islam dikesan sepakat mendukung Iran kerana Israel yang menjajah dan pembataian jiwa kaya rawa darah warga Palestin. Tambahan Israel mengendali Masjid al-Aqsa, iaitu kiblat pertama muslim memicu entiti muslim sifat bersaudara masuk ke kasus perang kelak.

Dr Zulkeflee Yaacob

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 3/7/2025

- Advertisement -