Umat Islam perlu bersatu tolak kezaliman Zionis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menyeru umat Islam agar bangkit dan bersatu menentang kezaliman rejim Zionis yang semakin melampau menindas umat Islam khususnya di Palestin.

- Advertisement -

Beliau berkata, himpunan diadakan itu merupakan luahan kesedihan dan keprihatinan umat Islam terhadap penderitaan menimpa saudara seagama di seluruh dunia, khususnya akibat kezaliman rejim Zionis Israel yang terus-menerus menindas rakyat Palestin.

“Kita berhimpun pada petang ini untuk menyatakan bahawa kita sangat sedih yang mendalam dengan apa yang sedang berlaku terhadap umat Islam di dunia mutakhir ini terutama kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah Israel ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Himpunan Bantah Serangan Terhadap Iran di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di sini pada Jumaat.

Awang berkata, tindakan Israel saban hari membunuh wanita, kanak-kanak dan warga tua semata-mata demi kepentingan duniawi adalah jenayah kemanusiaan yang tidak boleh dimaafkan.

“Wahai umat Islam, bangkitlah untuk kita menunjukkan satu kesatuan bahawa tindakan kezaliman yang sedang dilakukan oleh Yahudi Israel laknatullah ini sangat tidak ada berperikemanusiaan.

“Setiap hari membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita dengan hanya untuk kepuasan dunia mereka.

“Mereka ini hanyalah sebilangan kecil, kalaulah umat Islam bersatu disekeliling nescaya Israel yang kecil itu akan tenggelam dalam gelombang kekuatan kita,” katanya.

Namun begitu, Awang menyifatkan perpecahan umat Islam mengikut fahaman dan aliran masing-masing telah melemahkan kekuatan umat secara keseluruhan.

“Ini yang menyebabkan Yahudi Israel laknatullah ini semakin melampau menindas umat Islam. Lebih kurang 55 ribu setelah dibunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang awam yang tidak berdosa ini dibunuh dengan senjata-senjata yang dibekalkan oleh Amerika,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/6/2025

- Advertisement -