Sumbangan amilin yang telah tiada tetap dihargai

Salah seorang wakil menerima bagi pihak penerima Anugerah Jasamu Dikenang, sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Kedah kali ke-51, 28 Jun lalu
- Advertisement -

KUALA KEDAH: Sempena Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Kedah kali ke-51, seramai 12 orang telah dinobatkan menerima Anugerah Jasamu Dikenang.

- Advertisement -

Anugerah itu sebagai menghargai pengorbanan dan sumbangan individu berkenaan kepada parti di peringkat Jabatan Pilihan Raya DUN (JPRD) mahupun cawangan yang dicurahkan hingga ke akhir hayat.

Penerima tersebut adalah, Almarhumah Mariam Nayan, Almarhumah Hamidah Suri, Almarhumah Fazilah Taib, Almarhumah Sempawan Awang dan Almarhum Siti Maryam Yahaya.

Sementara dari kalangan muslimin kepada Almarhum Mohd Razi Abdullah, Almarhum Shuib Mustaffa, Almarhum Syed Ibrahim Syed Yasin, Almarhum Ustaz Fakhrul Zaman Jamil, Almarhum Abd Ghani Amin, Almarhum Ramli Abd Rahman dan Almarhum Ustaz Hussain Yusuf.

Semua anugerah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff kepada wakil para penerima masing-masing, pada majlis di Dewan Al-Amin, Teluk Bagan, di sini.

Mesyuarat Agung Tahunan juga sebulat suara menerima usul Dewan Muslimat PAS Kawasan yang mendesak Kerajaan Malaysia bertindak mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) di seluruh negara sebagai membendung penyalahgunaan dadah sintetik melalui rokok berkenaan.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu juga menyaksikan, tiada berlaku pertandingan pada semua jawatan yang dipertandingkan pada sesi kali ini.

Jawatan Yang Dipertua (YDP) PAS kekal tanpa bertanding kepada Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, begitu juga Timbalan YDP, Riduan Othman dan Naib YDP, Bashir Ahmad. – HARAKAHDAILY 29/6/2025

- Advertisement -