Semangat tolak kezaliman rejim Zionis tak luntur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Asia Tenggara Echo of Palestine, Khairul Nadzir Helmi Azhar menegaskan bahawa himpunan solidariti di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) hari ini bukanlah yang pertama, malah telah berlangsung puluhan kali sebelum ini.

- Advertisement -

Beliau menegaskan, walaupun sudah berkali-kali rakyat turun berhimpun menyatakan bantahan, namun semangat menolak kezaliman rejim Zionis dan sekutunya tidak akan pernah luntur.

“Kita berhimpun pada hari ini bukanlah kali yang pertama, mungkin kita berhimpun sudah berpuluh kali di hadapan kedutaan yang penuh dengan laknatullah.

“Tapi adakah kita berputus asa untuk menolak kezaliman? Tidak sesekali. Kita sebagai Muslim, umat Islam dan manusia untuk berhadapan dengan ‘binatang-binatang’ di hadapan sana yang melakukan segala durjana dan kekejaman. Tugas kita adalah untuk menolak segala bentuk kezaliman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Himpunan Bantah Serangan Terhadap Iran di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di sini hari ini.

Khairul Nadzir yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS, turut mempersoalkan sikap longgar kerajaan yang menurutnya masih gagal menunjukkan pendirian jelas terhadap serangan berterusan ke atas dunia Islam.

“Kita masih lagi tidak meletakkan pendirian yang teguh terhadap apa yang berlaku dalam dunia baru ini. Kerajaan masih lagi terganggu-gugat untuk menyatakan, apatah lagi serangan yang dilakukan oleh AS dan juga Israel terhadap Iran.

“Negara Iran Islam, kerana ketakutan yang ada dalam diri mereka, apabila bangkitnya kuasa-kuasa dunia yang mampu menentang kezaliman mereka.

“Maka pada hari ini kita menyatakan pendirian, beradanya kita di sini untuk menyatakan ketegasan, bukan hanya setakat dalam negara tapi luar negara,” katanya.

Tegasnya, beliau mendesak kerajaan agar tidak sekadar mengeluarkan kenyataan retorik, tetapi mengambil langkah konkrit dan konsisten dalam mempertahankan umat Islam sedunia.

“Kerajaan perlu menyatakan sokongan yang padu, bukan hanya setakat laungan semata-mata sebagai bukti. Kita masih lagi tidak melihat usaha yang berpanjangan pihak kerajaan dalam menyatakan sokongan terhadap dunia Islam yang dikecam apatah lagi Palestin, Gaza dan juga terkini Iran.

“Kita perlu berada di sini memberikan penjelasan kepada diri kita yang menyokong segala usaha untuk melenyapkan kuasa-kuasa kezaliman seperti mana yang ada di ‘belakang’ kita,” katanya.

Justeru, beliau mendesak kerajaan agar menyatakan pendirian yang lebih tegas, bukan sekadar membiarkan rakyat berhimpun, tetapi kerajaan juga mesti menyuarakan tuntutan rakyat dan melawan kezaliman habis-habisan.

“Kita adalah kuasa penentu bagi menolak kezaliman Gaza. Kita harapkan ini bukan kali pertama dan akan bersedia untuk berhimpun dengan yang lebih besar selepas ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2025

- Advertisement -