Serangan ke atas Iran menyatukan umat Islam

- Advertisement -

AMERIKA Syarikat dan Zionis Israel menjangka serangan ke atas Iran akan menyebabkan kemarahan rakyat Iran seterusnya bangkit dan menjatuhkan kepimpinan Ayatullah Ali Khamanei.

Namun apa yang berlaku adalah di luar jangkaan. Rakyat Iran tanpa mengira latar belakang mazhab (Syiah dan Sunni), etnik (Parsi, Arab, Azer, Kurdis dan Turkuman), pemikiran politik (Islamis dan Sekular) semuanya bersatu dan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan tanah air mereka.

Dalam masa yang sama Dunia Islam juga memberi sokongan kepada Iran.

- Advertisement -

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib yang mengetuai institusi paling penting di Dunia Islam dalam kenyataannya mengecam serangan Zionis Israel ke atas Iran serta mengkritik masyarakat antarabangsa yang hipokrit terhadap apa yang berlaku.

Prof. Dr Ahmad Al-Raisuni, bekas Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pula menyeru umat Islam supaya berdiri di belakang Iran serta mengiktiraf jasa Iran yang sangat besar dalam menyokong dan mendukung perjuangan pembebasan Baitulmaqdis.

Syeikh Yasir al-Duwsiri, Imam Masjid al-Haram dalam postingnya di media sosial menyeru umat Islam supaya mendoakan Iran.

Manakala Syeikh Hamad al-Khalili, Mufti Sultanate Oman sentiasa konsisten dan tidak berganjak dalam isu Palestin menegaskan serangan balas Iran ke atas Zionis Israel menyejukkan hati umat Islam yang lebur akibat kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Gaza.

Apa yang berlaku adalah di luar jangka dan petanda seruan penyatuan ummah bukanlah retorik semata-mata.

Keperitan yang berlaku ke atas Iran mempunyai hikmah yang besar dan menjadi asbab penyatuan umat Islam dalam menentang musuh yang satu iaitu Zionis Israel.

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Burok
23 Jun 2025 – HARAKAHDAILY 23/6/2025

- Advertisement -