I-MYSK 2025 tubuh gabungan media global Palestin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penubuhan Gabungan Media Global Palestin, pakatan rentas benua menjadi sebahagian deklarasi ‘Kelantan Untukmu Palestin’ sempena Persidangan Antarabangsa Pemuda Islam (I-MYSK) 2025.

- Advertisement -

Deklarasi dibacakan Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi itu turut mengariskan lapan perkara bagi menyatakan kesungguhan terhadap perjuangan pembebasan rakyat Palestin.

Beliau berkata, gabungan tersebut mengumpul maklumat dan perkembangan pusat penyelarasan dalam pelbagai bahasa bagi menangkis dakyah Zionis dan mengangkat suara Palestin secara berkala.

“I-MYSK mengisytiharkan deklarasi ‘Kelantan Untukmu Palestin’ dengan iltizam menubuhkan Gabungan Media Global Palestin, ia menjadi sebuah pakatan rentas negara dalam pelbagai variasi latar belakang.

“Ia juga akan menjadi pusat komando naratif, menghasilkan kandung pelbagai bahasa, memerangi propaganda Zionis, dan mengangkat suara rakyat Palestin secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Himpunan 10,000 Malam Untukmu Palestin yang berlangsung di Dataran Warisan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap mantan Menteri Besar, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamahkshari Muhammad.

Mohd Firdaus yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Bachok berkata lagi, deklarasi itu turut diperkukuhkan dengan pelancaran jihad digital bersistematik yang menjadi perang naratif abad ke-21.

Selain itu katanya, mewujudkan pengkalan khidmat global sebagai wadah aplikasi pintar untuk mengintegrasikan sukarelwan, profesional dengan memenuhi keperluan rakyat Palestin.

I-MYSK 2025 turut mengesa mewujudkan gagasan sejarah Palestin secara integrasi dalam silibus pendidikan global dalam sistem pendidikan samaada peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selain itu pihaknya setuju untuk mengasaskan penubuhan rangkai media global selatan dan Saluran Asia Tenggara untuk kempen kemanusiaan dan aktivisme belia berlandaskan indentiti rantau itu.

“Kita menubuhkan Kor-Sukarelawan Solidariti Palestin Antarabangsa yang terlatih dari seluruh dunia untuk berkhidmat dalam bidang kemanusiaan, perundangan, media dan pendidikan.

“Memperkasa Pasukan Petugas Pakar Advokasi Media, yang akan bertindak sebagai benteng dengan menyediakan amaran naratif, nasihat media, dan merangka komunikasi strategik.

“Kita juga akan merancakkan Pertandingan Global dan Indeks Impak Media Palestin dalam bidang pidato, puisi, filem, rekacipta dan penulisan kreatif bertemakan Palestin,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/6/2025

- Advertisement -