Hadis orang terakhir keluar dari neraka

Ustaz Idris Idrus menyampaikan Kuliah Maghrib Jemputan & Soal Jawab Agama di Masjid Kg. Kebor Air, Manir, Kuala Terengganu pada 19 Jun 2025.
- Advertisement -

Soalan:

Adakah hadis orang yang terakhir keluar dari neraka itu hadis sahih?

- Advertisement -

Jawapan:

Hadis tentang ahli neraka terakhir dikeluarkan dari neraka itu adalah hadis sahih dan telah dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dan lainnya.

Sudah memadai di sini saya sertakan hadis yang telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. sungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

إِنِّي لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا، وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ كَبْوًا، فَيَقُولُ اللَّهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى، فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَ

Ertinya: “Sungguhnya aku mengetahui akan orang terakhir dari ahli neraka keluar daripadanya dan orang terakhir masuk ke dalam syurga iaitu seorang lelaki yang keluar dalam keadaan merangkak. Maka berfirman oleh Allah: Pergi kamu dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga maka dia merasakan bahawa syurga telah penuh lalu kembali dan berkata wahai Tuhanku aku dapati syurga itu telah penuh.”

فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ. فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى. فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى، فَيَقُولُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ، فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا. أَوْ إِنَّ لَكَ مِثْلَ عَشَرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيَا.

Allah berfirman: Pergilah kamu dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia merasakan bahawa syurga telah penuh. Kemudian dia berkata wahai Tuhanku aku dapati syurga memang telah penuh. Maka firman Allah pergilah kamu dan masuklah ke dalam syurga maka sungguhnya bagi kamu di dalam syurga itu sebanyak dunia digandakan dengan sepuluh.

فَيَقُولُ تَسْخَرُ مِنِّي، أَوْ تَضْحَكُ مِنِّي وَأَنْتَ الْمَلِكُ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ، وَكَانَ يُقَالُ ذَلِكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً

Lalu lelaki itu berkata: Adakah Engkau permainkan aku atau ketawakan aku sedangkan Engkau adalah Raja. Berkata Ibnu Mas’ud: Aku nampak Rasulullah sollallahu alaihi wasallam ketawa sehingga nampak segala gigi gerahamnya. Dan adalah dikatakan itulah taraf ahli syurga yang paling rendah kedudukannya.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Wallahua’lam.  –  HARAKAHDAILY 20/6/2025

- Advertisement -