Mengapa Israel menyerang Iran?

- Advertisement -

NARATIF yang dibawa oleh media Barat, motif serangan Israel ke atas Iran ialah kerana Iran mahu membina bom nuklear.

Hakikat sebenarnya ialah kerana Iran adalah satu-satunya negara yang menentang kewujudan negara haram Israel dan membantu pejuang Palestin menentang penjajahan Zionis Israel.

Salah satu teras kepada Revolusi Iran tahun 1979 sehingga membawa kepada pembentukan Republik Islam Iran ialah membebaskan Palestin. Justeru setiap tahun, Iran meluluskan peruntukan tanpa had untuk tujuan tersebut.

- Advertisement -

Barat menyedari hakikat ini dan berusaha menjatuhkan Iran dengan pelbagai cara seperti perang Iraq-Iran dan pelbagai bentuk sekatan ekonomi, namun kesemuanya tidak berjaya.

Dalam tempoh tersebut Iran berjaya membina kekuatan tersendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak. Kejayaan paling besar Iran ialah membina teknologi roket yang tidak ada jangkauan had.

Hanya beberapa buah negara sahaja yang mempunyai teknologi ini iaitu Amerika Syarikat, Rusia dan China.

Barat mahu Iran mengikut kehendaknya supaya tidak menjadi ancaman serta menggugat keselamatan negara haram Israel. Namun Iran kekal dengan prinsip pembebasan Baitulmaqdis dan menamatkan penjajahan rejim Zionis Israel ke atas bumi Palestin.

Jika Iran menurut kehendak Barat maka nasibnya sama dengan negara-negara Arab lain yang hanya menjadi ‘pak turut’ dan tidak mempunyai jati diri.

Dalam tempoh dua tahun perang Gaza; Zionis Israel berjaya melemahkan HAMAS dan Hizbullah. Kerajaan Basyar al-Assad dijatuhkan dan Yaman terus diserang. Maka inilah masa terbaik untuk menyerang dan menghancurkan Iran.

Itulah hakikat sebenarnya adapun alasan lain hanyalah untuk mengaburi mata sahaja.

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Burok – HARAKAHDAILY 15/6/2025

- Advertisement -