
KUALA LUMPUR: PAS membuka penyertaan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan Cipta Logo sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71 yang akan diadakan tahun ini di Kedah.
Pertandingan memberi peluang kepada para pereka grafik dan penggiat seni tanah air untuk menampilkan kreativiti mereka dalam menghasilkan logo rasmi itu.
Pertandingan bermula pada 5 Jun dan berakhir pada 30 Jun 2025 jam 12 tengah malam dan penyertaan adalah percuma serta terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Setiap peserta perlu mengisi borang penyertaan rasmi yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.pas.org.my/logomuktamar.
Menariknya, tiada had ditetapkan terhadap bilangan penyertaan yang boleh dihantar oleh setiap peserta.
Logo yang dihasilkan mestilah asli, tidak mengandungi unsur sensitif, serta mampu menggambarkan Muktamar PAS Ke-71 dan ciri-ciri unik Kedah sebagai tuan rumah.
Reka bentuk mestilah kemas dan tidak melebihi empat warna, serta penjelasan ringkas mengenai konsep, simbol dan warna yang digunakan perlu disediakan dalam satu dokumen bersaiz A4 berwarna putih dengan resolusi 300 dpi.
Penyertaan perlu dihantar dalam bentuk softcopy menerusi e-mel ke alamat [email protected].
Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan satu fail dalam format PDF, AI atau PSD, satu fail dalam format JPEG, serta borang penyertaan yang lengkap.
Pihak penganjur memaklumkan bahawa semua hasil karya yang dihantar akan menjadi milik penganjur dan keputusan pengadil adalah muktamad.
Pemenang utama bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,571.
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh diajukan kepada wakil urus setia, Azman, menerusi aplikasi WhatsApp di pautan https://wa.me/+60135390606. – HARAKAHDAILY 9/6/2025












