Guru PASTI Ibnu Sina perlu sumbangan rawatan

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Ibarat jatuh ditimpa tangga, Ketua Guru PASTI Ibnu Sina, Norhayati Ramli daripada Cawangan Kampung Duri, di sini akur dan redha dengan ketentuan Ilahi ujian terhadap dirinya.

- Advertisement -

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Yati, sebelum ini mengalami masalah tulang belakang, kini penyakit dihadapi semakin kritikal sejak dua bulan lalu.

Keadaan itu mengakibatkan beliau tidak dapat bergerak dan hanya mampu berbaring sahaja.

Sebelum ini, beliau telah menjalani rawatan ‘radio frequency’ di sebuah klinik di Seberang Jaya, di mana rawatan tersebut dapat mengurangkan kesakitan yang beliau tanggung.

Walau bagaimanapun, kos rawatan tersebut memerlukan perbelanjaan hampir RM4,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail terdahulu bersama beberapa pegawai pusat khidmatnya, menziarahi Cikgu Yati di kediaman ibunya, Kampung Kijang, di sini.

Abidin mengharapkan agar penderitaan yang ditanggung oleh guru PASTI ini, mendapat perhatian masyarakat dan bersama membantu meringankan bebannya.

“Saya mengharapkan, kita pakat sama-sama bantu Cikgu Yati. Mungkin hari ini hari dia, esok belum tahun entah  ka hari kita pula,” pintanya.

Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang bantuan kepada Cikgu Yati, bolehlah ke akuan beliau, Bank Rakyat 2211 1324 5541 Norhayati Ramli dan sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi suaminya di talian 011-62411295.

“Semoga Cikgu Yati cepat sembuh dan sihat sepenuhnya. Moga Allah SWT kurniakan kesabaran atas ujian yang dihadapi,” kata Abidin lagi. – HARAKAHDAILY 6/6/2025

- Advertisement -