Himpunan Teguh Memimpin Terengganu hari ini

Semua dijemput hadir

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan satu himpunan terbuka bersama rakyat yang dinamakan ‘Teguh Memimpin Terengganu 1.0’ bertempat di Padang Astaka, Chukai, Kemaman.

- Advertisement -

Pesuruhjaya, Datuk Hussein Awang berkata, program selama tiga hari itu terbuka kepada seluruh rakyat negeri ini serta masyarakat umum dari seluruh negara, bermula hari ini.

“Bagi pihak PAS Terengganu, kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli, penyokong dan rakyat negeri ini untuk bersama-sama dalam himpunan ini.

“Kita bangkit bersama sama memperteguhkan kepimpinan Islam ke arah mendaulatkan syariat ke arah mempertahankan tanah air dan maruah bangsa di tanah air kita yang tercinta ini,” katanya dalam satu hantaran video di laman Facebook rasmi PAS Terengganu, semalam.

Menurutnya, program selama tiga hari itu akan memuatkan pelbagai pengisian berbentuk ceramah, wacana ilmu, aktiviti kemasyarakatan dan pertemuan bersama pimpinan PAS.

Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak melepaskan peluang menyertai perhimpunan tersebut sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan kepimpinan Islam di negeri ini.

“Ayuh kita bangkit bersama dan bertemu di Padang Astaka, Chukai, Kemaman. Jangan lupa, 29 hingga 31 Mei ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/5/2025

- Advertisement -