
JUMPA Datuk Jo kat KLIA. Aku tanya dia, bila nak bergabung balik dengan PAS Datuk?
Dia jawab ringkas, ada orang tak suka dengan perkataan muafakat tu, dulu kitakan guna perkataan ‘muafakat’, kata dia.
Aku tak tahulah dia seloroh ke serius, tapi reaksi muka dia tak senyumpun dan kalau betul jawapan dia, memang tepat sangkaan kita, ada sesetengah orang dalam Umno saja yang tak mahu muafakat ni.
Aku tak sempat nak tanya lagi pasal apa Umno tak hadir ke persidangan PKR dengan DAP dulu sebab dia kalut nak kejar flight ke KB, ada function katanya.
Ok sekarang aku nak bagi beberapa persoalan kepada semua.
Kenapa apabila parti lain mereka berkelahi, mereka akan saling membongkar keburukan masing-masing pada kebanyakannya perkara itu betul dan dipercayai orang lain termasuklah ahli mereka sendiri.
Kenapa pula bila ada kalangan pimpinan PAS keluar parti dan cuba bawa naratif yang PAS ini jahat, tidak amanah, sesat dan segala mak nenek kejahatan, sangat sedikit orang percaya yang mana orang yang percaya itu hanyalah segelintir kecil musuh PAS.
Malahan tukang bawa fitnah sendiripun tidak percaya cerita dia sendiri, contohnya PAS seleweng duit, PAS rampas hak rakyat, PAS rasuah, PAS sesat dan lain-lain, tidak dipercayai orang walau sekuat mana penjelasan musuh PAS, misalnya seorang bekas ahli PAS, menjadi calon MPP PKR yang mahu menguburkan PAS, tetapi dia pula yang terkubur.
Jika kita perasan, orang-orang seperti Lokman Adam, sudah tidak lagi diperlukan kerana fitnah-fitnah yang direka itu, membuatkan rakyat semakin membenci mereka, tidak percaya.
Sedangkan pendedahan seperti Nurul Izzah ambil gaji RM35,000 sebulan dengan kerja tiga hari seminggu oleh Cikgu Bard, rakan dia sendiri dahulu, cerita Rafizi yang ada mainan kotor dalam pemilihan mereka dan pentadbiran parti dan banyak lagi, dipercayai ramai orang.
Jika 25 tahun dahulu majoriti rakyat termasuk sebahagian ahli Umno, mempercayai Perdana Menteri ke-10 (PMX) difitnah oleh Tun sehingga ramai yang keluar parti dan ada negeri, BN kalah.
Namun sekarang, kecuali sebahagian ahli PKR sahaja yang masih mempercayai PMX berkenaan isu itu sebaliknya Tun pula dilihat orang yang benar dan dipercayai.
Tetapi sehingga sekarang, kecuali beberapa kerat orang sahaja masih mempercayai isu Memali, isu Amanat Haji Hadi kerana kesesatan PAS kerana majoriti rakyat sudah muak dengan isu yang diulang-ulang ketika kempen PRU sahaja, kenapa tiada tindakan diambil kalau benar-benar sesat?
Jadi kenapa mereka masih menang? Kerana mahukan sesuatu dan juga mereka dari kalangan bukan Melayu dan sebahagian lagi pengundi muda yang tidak tahu sejarah lama.
Dan sudah tentulah sebab utama ialah pengkhianatan oleh pimpinan Umno yang bergabung dengan PH setelah nama Allah digunakan sebagai pelapik untuk bersumpah ‘No Anwar, No DAP’.
Mungkin golongan ini yang tidak mahu bersama PAS kerana kepentingan itu?
Maka yang lain terpaksa mengikut kerana ugutan walaupun tidak selesa.
Pelikkan?
MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 26/5/2025
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











