Timbalan Presiden lancar buku 5 Dekad PAS Kubang Kerian

- Advertisement -

KUBANG KERIAN: PAS Kawasan Kubang Kerian dengan kerjasama Jabatan Arkib PAS Negeri Kelantan telah melancarkan buku kecil bertajuk ‘Lima Dekad PAS Kawasan Kubang Kerian’.

- Advertisement -

Buku tersebut menghimpunkan sejarah politik dan perjalanan panjang perjuangan PAS dalam Parlimen Kubang Kerian yang dahulunya dikenali sebagai Cawangan Kota Bharu Hulu dan Nilam Puri.

Inisiatif itu digerakkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Kubang Kerian, Mohamad Nuri Mat Yaacob bagi memastikan sejarah perjuangan dibukukan agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

“Selain menjadi rekod penting buku ini juga berfungsi sebagai sumber inspirasi kepada generasi muda untuk meneruskan perjuangan berlandaskan prinsip Islam yang dibawa PAS.

“Buku ini diterbitkan untuk mengukuhkan rasa bangga dan kesedaran pentingnya kesatuan dan keteguhan dalam perjuangan ini sebagai asas membina masyarakat harmoni,” katanya.

Buku setebal 140 muka surat itu dilancarkan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sempena merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kubang Kerian, di sini semalam.

Hadir sama Yang Dipertuanya, Dato’ Abdul Rahman Yunus dan Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Mohd Asri Mat Daud serta Naib Yang Dipertua, Ustaz Zulkifli Husain dan semua kepimpinan PAS Kawasan. – HARAKAHDAILY 25/5/2025

- Advertisement -