
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan telah mengeluarkan kenyataan penafian berhubung insiden penggodaman akaun WhatsApp miliknya oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam kenyataannya melalui akaun Facebook beliau, Dr Fadzli memaklumkan bahawa sebarang mesej atau permintaan yang dihantar menggunakan nombor tersebut bukan daripadanya.
“Sebarang mesej atau permintaan yang dihantar menggunakan nombor tersebut bukan daripada saya. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak melayan mesej mencurigakan yang menggunakan nombor atau gambar saya,” ujarnya.
Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi kod pengesahan atau maklumat peribadi dengan mana-mana pihak yang tidak dikenali.
Pengguna juga boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa atau penyedia perkhidmatan WhatsApp bagi mengambil tindakan terhadap akaun yang disalahgunakan. – HARAKAHDAILY 7/5/2025











