Warga emas selamat kediaman musnah 100 peratus

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kediaman Abdullah Yacob, 72, yang musnah dijilat api tengahari semalam mendapat perhatian wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Ustaz Mohd Asri Mat Daud.

- Advertisement -

Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kerajaan negeri bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa serta rumah jirannya yang mengalami sedikit kerosakan akibat kebakaran itu.

Malah beliau juga bersyukur kerana tidak kecederaan apatah lagi kehilangan nyawa yang dilaporkan berlaku dalam kejadian yang memusnahkan 100 peratus kediaman warga emas terbabit.

“Petang tadi (semalam) saya ke lokasi kebakaran di Kampung Jejulok Banggu, menyampaikan sumbangan meringankan beban mangsa kebakaran, semoga Allah mengantikan dengan yang lebih baik.

“Semoga semua keluarga dapat bersabar di atas musibah kebakaran yang terjadi, kaum keluarga dan jiran sekampung boleh pakat bantu meringankan beban,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Dalam kejadian berlaku kira-kira pada 12:30 tengah hari itu Abdullah juga pengidap penyakit saraf ydiselamatkan penduduk yang kebetulan berada di kedai kopi berhampiran.

Ketika kejadian dia hanya mampu terserah kepada Allah, selepas menyedari api sedang marak di dinding bilik tidurnya dan cuba bergerak tetapi tidak berjaya kerana penyakit dihidapi semalam ini.

Bagaimanpun dia bersyukur kerana diselamatkan oleh penduduk kampung yang memberanikan diri memecah masuk ke rumahnya dalam keadaan asap sangat tebal dan api sedang marak.

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 1:15 petang oleh dua buah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok. – HARAKAHDAILY 6/5/2025

- Advertisement -