Ilmuan agama berpolitik untuk rapatkan jurang bobrok

- Advertisement -

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berpihak kepada UMNO dengan peningkatan sokongan pengundi daripada orang Melayu dan pelbagai kaum, serta anak muda kononnya rakyat menolak politik perkauman, kebencian, maki hamun, dan naratif Melayu dan Islam terancam.

- Advertisement -

PRK Ayer Kuning pada 26 April lalu BN berjaya mempertahankan kerusi tersebut apabila calon mereka, Dr Mohamad Yusri Bakir memperoleh majoriti 5,006 undi menewaskan calon PN, Abdul Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS. PRK tersebut diadakan susulan kekosongan kerusi akibat kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Februari 2025.

Isu yang dibawa PAS-PN tentang ‘babi’ dimakan waktu atas gerakan media arus perdana, ‘influencer’ di medsos dan agensi-agensi penguasa. Pembangkang dikesan tidak memanfaatkan isu kos sara hidup dan pascaekonomi yang membelenggu kehidupan rakyat.

Dalam siri ceramah PN tidak membawa naratif menyaingi calon dalam agenda kebajikan dan pelan pembinaan penduduk tempatan selain memburukkan pihak lawan atas teruja dengan grafik di medsos bahawa adanya “gelombang hijau”.

Sementara isu di lapangan, iaitu isu bendera bukan hanya kain bercorak tetapi kedaulatan negara malah mencerminkan sejarah, perjuangan, kemerdekaan dan patriotik setiap warga.

Kesilapan memapar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka hadapan akhbar berbahasa Cina tempatan telah mencetus keharuaan dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum yang mengundang amukan dalam kalangan orang Melayu yang merupakan majoriti dan teras penduduk.

Tohmahan ulama cenderung berpolitik mainan media perdana dan medsos yang menuntut dipisahkan antara ‘ulama agama’ dengan ‘ulama politik’. Dalam demokrasi dan plot sejarah negara ulama paling awal cakna politik, demi menjaga kepentingan umat Islam dalam pemerintahan.

Dengan politik dapat mengelola kuasa, membina dasar dan peraturan terarah pada aturan kehidupan rakyat berwadah tuntutan Islam seperti, halal haram dalam bidang ekonomi, pendidikan, keadilan sosial, dan bermacam hal terutama memelihara nyawa manusia seperti pemandu mabuk menjadi pembunuh di jalan raya masih tiada hukuman menjadi pelajaran kepada masyarakat.

Pemimpin dan aktivis politik yang berpendidikan agama amat sedar dan peduli politik, dalam kepimpinan dan pemerintahan kerana urusan umat Islam hanya ditentukan oleh mereka dan mustahil orang bukan Islam peduli kepada hukum Allah.

Dalam Surah An-Nisa, ayat, 58 Allah SWT berfirman dengan maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil…”

Pemilihan pemimpin bukan sekadar melaksanakan urusan dunia tetapi didahulukan yang berkelayakan untuk menjalankan pemerintahan yang adil. Ini kerana kepimpinan yang jatuh kepada orang yang tidak layak hanya memudarat besar pada kasus kehidupan Muslim terutama dalam konteks majoriti populasi muslim akan berlaku ketidakadilan seperti agihan bajet dana awam tiada dan minimum untuk ahli parlimen bukan kerajaan.

Ulama adalah pewaris para nabi, dan mereka bukan sekadar mengajar agama di masjid serta tiada berbuat apa-apa kerana kuasa bukan sekadar mengkhatan kitab fekah, tafsir, sirah, tadabbur sahaja tetapi bertanggungjawab dalam membimbing masyarakat dan menggubal kanun selaras tuntutan Islam yang hanya diperoleh melalui kuasa politik.

Suara ilmuan dan ulama menjadi tanda aras menegur ketidakadilan dan menasihat pemimpin, jika tidak terlibat secara langsung dalam sistem pemerintahan agar mereka tidak tersasar dari dasar Islam. Asas politik yang baik adalah muafakat membawa kebaikan pada umat, sebaliknya politik yang rosak boleh menghancurkan masyarakat.

Oleh itu, pemimpin yang hanya takut kepada Pencipta akan mengamalkan nilai atribut dan integriti tinggi, amanah dan berhemah serta tidak melakukan nilai buruk seperti korupsi, berbohong dan rakus kuasa. – HARAKAHDAILY 2/5/2025

Penulis ialah psikososio yang juga Pakar Penasihat Wanita Kelantan.

- Advertisement -