Ladang babi: Politik terdesak Umno di DUN Ayer Kuning

- Advertisement -

SEMALAM tersebar satu hantaran oleh Facebook rasmi Umno Perak. Ada ke patut dia tulis Dato’ Seri Faizal Dato’ Mohd Azumu (DS Peja) bekas Menteri Besar Perak akui yang dia luluskan 103 lesen kandang babi zaman dia.

Punyalah benak Umno Perak ni, nak buat fitnah tu kajilah dulu logik tak logik. Angka 103 tu adalah jumlah ladang babi yang ada dan diluluskan dari zaman Umno sehingga terkini.

Hari ini DS Peja nafikan fitnah Umno dan dia akan semak dengan pihak peguam sebab yang buat tuduhan ni bukan walanon tapi page rasmi Umno Perak.

Begitu terdesak dorang ni sebab gelombang kemarahan rakyat Ayer Kuning kat Umno dalam isu babi dah sampai tahap kemuncak.

Jadi nak redakan, mudah sahaja. Cipta fitnah untuk salahkan pemimpin PN. Sebelum ni pun aku tengok mereka dok fitnah YB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin dengan fitnah yang sama.

Sedangkan kalau korang baca boleh je faham yang YB Ustaz Akmal kata tu adalah jumlah semasa ladang babi adalah 103 selepas 34 ladang telah ditutup. Maknanya yang dah dibuka tolak yang ditutup dari dulu sampai semasa adalah 103.

Eh matematik mudah je kot. UmDAP dan walanon ni tak faham ker?
Dalam ‘posting’ yang sama juga YB Ustaz Akmal dah jelaskan pada tahun sama (zaman dia) dia dah tutup 3 ladang dan dalam proses tutup lagi 3 ladang. Baki ladang beroperasi adalah 97 ladang dan pemantau sedang terus berjalan untuk pantau ladang yang lain.

Zaman ketika PAS dalam kerajaan dulu juga kita ada buat beberapa keputusan penting. Contohnya:

“No more new pig farm in Perak” – maknanya tidak ada lesen baru akan diluluskan oleh kerajaan.

“Semua pemilik lesen sedia ada perlu bertukar kepada Modern Pig Farming (MPF) iaitu sistem tertutup tanpa bau dan sistem ‘zero discharge’ yang tiada sisa kumbahan keluar dari ladang”.

Kan jelas apa yang dilakukan oleh Exco PAS dulu.
(1) Tutup ladang tak patuhi syarat perlesenan
(2) Tiada lagi ladang baru
(3) Beri tempoh untuk tukar kepada MPF

Haaaaa…..ni baru betul kalau nak selesaikan isu masalah babi di DUN Ayer Kuning.

Bukan macam UmDAP, belum apa-apa dah cakap ladang babi patuhi SOP (prosedur operasi standard). Eh aku tengok sendiri tau kumbahan najis babi masuk dalam sungai pekat likat berbau. SOP celah mana tu?

Sudahlah UmDAP, sudah terang lagi bersuluh korang gagal bela nasib rakyat DUN Ayer Kuning.

Kepada pengundi DUN Ayer Kuning, undilah Ustaz Abdul Muhaimin Malek, insyaAllah dia akan terus perjuangkan isu ini selepas menang nanti ke peringkat DUN Perak dan Kementerian.

Salam hormat,

IR TS NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 25/4/2025

- Advertisement -
- Advertisement -