Keputusan ujian makmal sampel pencemaran air

Pembuangan sisa najis babi ke Sungai Bidor

- Advertisement -

PADA 23 April 2025, kami telah membuat satu pendedahan besar berhubung pencemaran Sungai Bidor yang dipercayai berpunca daripada sebuah ladang babi berhampiran Kampung Kuala Gepal dan Kampung Poh. Pendedahan ini disokong oleh data, gambar, video lapangan, dan tinjauan langsung bersama wartawan dan
pempengaruh.

Lebih 50 orang wakil media dan pempengaruh hadir ke lokasi dan menyaksikan sendiri situasi sebenar: bau busuk yang meloyakan, air hitam mengalir dari saluran kumbahan ladang, dan lalat memenuhi kawasan sekitar. Inilah realiti yang dihadapi oleh penduduk di Ayer Kuning yang mana Sungai Bidor ini mengalir ke sebahagian
besar kawasan mereka.

Dalam sidang media kami sebelum ini, kami telah memberikan ruang dan masa kepada Kerajaan Negeri Perak untuk memberikan respon sewajarnya. Namun, malangnya YAB Menteri Besar hanya memberi komen tentang hukum air tercemar untuk wuduk, tanpa menyentuh langsung soal pencemaran alam sekitar, kesihatan rakyat, dan keselamatan air sungai.

Manakala EXCO Kerajaan Negeri Perak YB A. Sivanesan bersama wakil Jabatan Veterinar dan Jabatan Alam Sekitar memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan. Namun, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu
kenyataan media telah menyebut bahawa ladang tersebut mematuhi SOP sepenuhnya. Kami ingin bertanya secara terbuka:

- Advertisement -

● Apakah kaedah dan bukti yang digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk membuat kesimpulan ini?
● Adakah beliau turun sendiri ke tapak, atau hanya mendengar laporan sebelah pihak?

Bagi membuktikan kebenaran pendedahan kami, pasukan Perikatan Nasional telah mengambil dua sampel air dari Sungai Bidor untuk diuji secara bebas oleh makmal swasta bertauliah. Ujian yang telah dilakukan adalah Keperluan Oksigen Kimiahayat (BOD) dan Keperluan Oksigen Kimia (COD).

Berikut merupakan keputusan daripada makmal swasta untuk sampel dari Sungai Bidor;

Sample ID: B1
Sample Description: Clear
Date: 18/4/2025
BOD: < 3 mg/L
COD: < 12 mg/L

Sample ID: B2
Sample Description: Turbid
Date: 18/4/2025
BOD: 78 mg/L
COD: 358 mg/L

Sampel B1 (sebelum lokasi pencemaran) menunjukkan air jernih dan bacaan BOD adalah dibawah 3 mg/L dan COD dibawah 12 mg/L, menandakan air bersih dan berada pada tahap yang dibenarkan.
Sampel B2 (selepas lokasi pencemaran) menunjukkan air jernih dan bacaan BOD adalah 78 mg/L dan COD menunjukkan peningkatan ketara ke angka 358mg/L yang membawa maksud sampel ini tercemar akibat pelepasan najis daripada ladang babi tersebut.

Kami mencabar Kerajaan Negeri Perak untuk tampil membentangkan keputusan ujian makmal mereka sendiri, jika benar mereka telah menjalankan siasatan. Buktikan lkepada rakyat dengan data, bukan kenyataan umum tanpa asas.

Akhirnya sekali, kami ingin mengulangi komitmen sekali lagi sekiranya Ustaz Abdul Muhaimin Malek dipilih untuk menjadi Adun Ayer Kuning, beliau akan mendesak Kerajaan Negeri Perak untuk:
(a) Memindahkan semua ladang babi berlesen yang berada di kawasan
kampung Melayu.
(b) Menutup serta-merta semua ladang babi haram.
(c) Melaksanakan sistem ladang tertutup dan ‘zero discharge’ sepenuhnya sebelum akhir tahun 2025.

Pencemaran ini bukan soal politik. Ini soal tanggungjawab. Soal kesihatan rakyat. Soal pkeselamatan alam sekitar. Yang sepatutnya menjadi tanggungjawab sebuah kerajaan negeri untuk melindungi rakyatnya.

Kami sedia membawa isu ini hingga ke DUN, ke Parlimen, dan ke perhatian seluruh rakyat Malaysia demi rakyat Ayer Kunin

Pusat Media Perikatan Nasional
N.48 Ayer Kuning – HARAKAHDAILY 25/4/2025

- Advertisement -