MB hargai komitmen warga Yayasan Islam Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar hari ini menzahirkan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan (YIK) kerana mendokong penuh aspirasi kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti.

- Advertisement -

Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri memberi tumpuan khusus kepada agensi tersebut yang menawarkan sistem pendidikan yang berteraskan akademik dan agama.

“Saya merakan penghargaan kepada seluruh warga YIK atas komitmen yang tinggi dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama dan negeri,” katanya dalam satu hantaran _Facebook.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat YIK yang diadakan di Kompleks Pentadbiran YIK, Bandar Baru Tunjong di sini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu berkata, perbincangan tersebut memberi tumpuan bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan selari dasar ‘Penghayatan Membangun Bersama Islam’ (PMBI).

Kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau turut menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan pelaksanaan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) bagi melahirkan golongan profesional menghafaz al Quran.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 10 buah sekolah kelolaan agensi itu seluruh Kelantan dipilih bagi menerapkan nilai-nilai dalam DPRK khususnya bagi proses pembelajaran dan pengajaran.

Pengumuman itu merupakan projek perintis sebelum diperluaskan sekolah lain membabitkan pendidikan jasmanis, serta memberi perhatian rohani dan akhlak bagi melahirkan modal insan terbaik. – HARAKAHDAILY 7/4/2025

- Advertisement -