Warga pendidikan PAS Perlis dihargai menjelang Aidilfitri

- Advertisement -

KANGAR: Seramai 271 guru dan pekerja dari empat institusi pendidikan di bawah Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) serta PASTI menerima sumbangan Aidilfitri semalam.

- Advertisement -

Institusi tersebut ialah Maahad Ad-Diniyah Islamiah (MADI), Maahad Tahfiz Ibnu Aqil, Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRIAT) dan Sekolah Rendah Islam Al-Furqan (SRIAF).

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, guru-guru PASTI memainkan peranan penting dalam gerak kerja PAS, termasuk dalam usaha menyebarkan maklumat kepada masyarakat.

“Muslimat boleh menggerakkan kempen rumah ke rumah. Selain itu, guru PASTI juga menjadi ejen menyampaikan apa yang kerajaan negeri lakukan,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan di Kompleks PAS Perlis, di sini.

Beliau turut memaklumkan bahawa selepas kempen Jom Solat, PAS Perlis kini giat melaksanakan kempen Jom Baca Al-Quran bagi memperkasakan budaya membaca dan memahami kitab suci itu dalam kalangan masyarakat.

Di Perlis, terdapat 39 PASTI dengan jumlah murid seramai 1,700 orang, manakala tenaga pengajarnya seramai 171 orang. – HARAKAHDAILY 29/3/2025

- Advertisement -