Cara Ashah eratkan kasih ‘adik-beradik’ Muslimat Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali tidak pernah lupa memberi sumbangan kepada ahli jawatankuasa, setiap kali menjelang Aidilfitri.

- Advertisement -

Setiap tahun, beliau akan menyumbang barangan berupa biskut raya, telekung, kain pasang, termasuk wang saku raya kepada setiap ahli jawatankuasanya.

“Terima kasih YB, tiap-tiap tahun tak pernah lupa beri sumbangan kepada kami,” kata Penolong Setiausaha, Sharifah Alia Syazwani Syed Roslan.

“Macam-macamlah YB beri pada kami, telekunglah, biskut raya, duit raya pun ada,” ujar Ketua Briged, Norhani Yahaya.

“Tiap-tiap tahun dapat kain pasang ‘free’, dah tu, dapat juga beg cantik,” kata Jamaliah Omar, salah seorang Ahli Jawatankuasa dewan berkenaan.

Majlis penyampaian ringkas yang diadakan selepas mesyuarat bulanan Dewan tersebut, Jumaat, menjadi riuh rendah, apabila setiap nama ahli jawatankuasa dipanggil untuk menerima sumbangan.

“Siapa tak mai (hadir) mesyuarat hari ini, rugilah, tak dapat sumbangan raya,” seloroh Setiausaha Dewan itu, Zulinda Khamis.

Sementara bagi Dato’ Ashah, sumbangan tersebut baginya sebagai cenderahati dari pihaknya kepada semua Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk dewan berkenaan.

“Tak banyak manapun. Ala kadar saja. Tetapi saya harap dapat menggembirakan mereka,” kata beliau

Dalam pada itu, Muslimat juga katanya, akan menjadi petugas pada Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pada 6 April depan di kediaman rasminya, Seri Mentaloon.

“Begitulah Muslimat, di mana-mana dan bila-bila masa pun sanggup beri tenaga, walaupun masing-masing sibuk dengan urusan sendiri,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/3/2025

- Advertisement -