Mardhiyyah serah sumbangan raikan golongan berjasa

- Advertisement -

KUALA KEDAH: Lebih daripada 230 penerima, menerima sumbangan Aidilfitri, pada majlis yang diadakan di Dewan Al-Amin, Telok Bagan, di sini semalam.

- Advertisement -

Sebahagian penerima merupakan dari kalangan sukarelawan kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur seperti guru Al-Quran, bidan kampung, mudim, penggali kubur, termasuk juga muallaf.

Sementara selebihnya guru-guru PASTI, Jawatankuala Halwa DUN dan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur, Mardhiyyah Johari pada ucapannya berkata, sumbangan berkenaan merupakan tanda ingatan kerajaan negeri terhadap golongan yang banyak menyumbang  tenaga khususnya di kampung-kampung.

Katanya juga, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan berusaha membantu golongan sasaran sebaik mungkin dan berkongsi kegembiraan walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah banyak.

“Inilah negeri yang dikatakan, tempat orang miskin bernaung dan orang kaya berbakti. Golongan sasaran tidak dikesampingkan, apatah mereka yang menyumbang tenaga bakti kepada masyarakat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mardhiyyah juga turut berpesan akan mengambil peluang Ramadan yang masih berbaki beberapa hari ini untuk sama-sama meraih keberkatan dan keampunan Allah Azzawajalla.

Turut hadir dan menyampai ucapan, antaranya Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dan Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Ridhuan Othman.

Selain Mardhiyyah, mereka juga turut menyampaikan sumbangan kepada para penerima terbabit.

Majlis tersebut juga dihadiri Penghulu Mukim iaitu Sanusi Said (Mukim Kangkong), Nazlan Omar (Mukim Telok Kecai) dan Aminudin Ahmad (Mukim Pengkalan Kundur), termasuk Ketua Dewan Muslimat PAS Kuala Kedah, Ustazah Azizah Abdullah. –  HARAKAHDAILY 28/3/2025

- Advertisement -