Isu kuil: Pendirian PM tepat, perlu disokong – Fadhli

Isu undang-undang, bukan Isu agama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, menyifatkan pendirian Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung isu tapak kuil berhampiran Jalan Masjid India sebagai tepat dan perlu disokong.

- Advertisement -

“Ini merupakan pendirian yang tepat dan perlu disokong. Mana-mana binaan haram di atas tanah pemilik yang lain sudah tentu tiada pilihan lain melainkan dirobohkan.

“Ini bukan isu agama, ini isu undang-undang. Harapnya tidak timbul lagi isu seperti ini di masa akan datang,” katanya menerusi hantaran di _Facebook_.

Dalam hantaran itu, Ahmad Fadhli memetik kenyataan Anwar disiarkan media tempatan bahawa kuil itu perlu dipindahkan dan menegaskan bahawa kuil itu bukanlah rumah ibadat pertama yang telah dipindahkan atau dirobohkan kerana melanggar undang-undang.

Anwar membuat kenyataan itu ketika berucap pada sambutan Hari Polis Ke-218, semalam.

Terdahulu media melaporkan, kuil Hindu itu berdepan ancaman dirobohkan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan pembinaan sebuah masjid di tapak berkenaan.

Tanah yang diduduki kuil itu dijual DBKL kepada Kumpulan Jakel yang turut memiliki sebuah pusat beli-belah di kawasan sama.

DBKL dalam satu kenyatan 20 Mac lalu memaklumkan telah mengenal pasti lokasi baharu untuk pemindahan sebuah rumah ibadat di Jalan Masjid India di sini. – HARAKAHDAILY 26/3/2025

- Advertisement -