Pastikan kebajikan anggota bomba terjamin

Senator Baharuddin Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Baharuddin Ahmad mencadangkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diberi elaun khas dan perlindungan insurans yang lebih baik demi kebajikan mereka.

- Advertisement -

Katanya, tugas anggota JBPM bukan hanya memerlukan pengorbanan keringat dan air mata, malah membabitkan nyawa manusia.

“Oleh itu, elaun khas untuk tugas berisiko tinggi dan skim perlindungan insurans yang lebih baik perlu diperkenalkan bagi memastikan kebajikan anggota bomba terjamin,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di Dewan Negara, hari ini.

Sementara itu, Baharuddin mencadangkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kerajaan sebelum RUU berkenaan dikuatkuasakan.

“Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian pihak kerajaan ekoran pindaan akta ini seperti kebimbangan terhadap kos atau perbelanjaan serta denda terhadap pemilik premis, terutama pemilik premis kecil dan sederhana.

“Kos atau perbelanjaan ini melibatkan pembiayaan untuk keperluan tertentu seperti sumber manusia, peralatan mencegah kebakaran dan lain-lain yang berkaitan, tidak termasuk kos di luar jangka.

“Seterusnya peningkatan penalti yang agak tinggi ke atas pemlik bangunan yang gagal mematuhi peraturan keselamatan kebakaran mungkin membebankan pemilik premis, terutama Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) dan akan menyumbang kepada kenaikan harga barangan atau perkhidmatan,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/3/2025

- Advertisement -