PBT laksana operasi tangkap haiwan rayau

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penternak di negeri ini dinasihat mengawal haiwan supaya tidak berkeliaran serta mengganggu kawasan lalu lintas sepanjang jalan raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

- Advertisement -

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Hilmi Abdullah berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Kelantan kini melaksana operasi haiwan rayau.

Beliau berkata, sesetengah PBT telah melaksanakan inisiatif tersebut lebih awal bagi mengelakkan kesukaran pada hari lebaran mengamit kepulangan anak Kelantan berada di perantauan.

“Terima kasih kepada penguatkuasa PBT memulakan operasi menangkap haiwan merayau di sepanjang jalan protokol bagi mengelakkan berlakunya kemalangan pada musim perayaan.

“Sila ambil notis penjaga haiwan membiarkan atau menyebabkan haiwan kepunyaannya merayau-rayau atau berada di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil itu berkata, kerajaan melalui PBT ditetapkan dalam Undang-undang Kecil Haiwan Merayau PBT dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Beliau berkata antara tindakan yang bakal dikenalan ialah kompaun sehingga RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duannya sekali.

Undang-undang tersebut menetapkan prosesur kata beliau lagi, termasuk PBT boleh menangkap dan menetapkan satu tempat yang ditetapkan oleh pihak berwajib dijadikan lokasi penahanan.

“Sekiranya haiwan itu merbahaya dan tidak boleh ditangkap maka ia boleh ditembak dan disembelih atau dihapuskan dan sembelihan atau bangkaian haiwan itu dilupuskan.

“Tiada sebarang pampasan dikenalan terhadap haiwan yang ditangkap, ditembak, disembelih atau dilupuskan dibawah peruntukkan Undang-undang Kecil Haiwan Merayau PBT,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/3/2025

- Advertisement -