Lebih 200 sertai himpunan huffaz sempena Nuzul al-Quran

- Advertisement -

TEMERLOH: Lebih 200 peserta daripada maahad tahfiz seluruh Pahang hadir dalam program Ijtimak Huffaz dan Sambutan Nuzul Quran anjuran Pertubuhan Muafakat Pondok Se-Malaysia Pahang (PMPS) dan Majlis Taawun Pusat Pendidikan Islam Pahang (MANTAP) di Maahad Tahfiz al Istiqamah, di sini, kelmarin

- Advertisement -

Program dimulakan dengan solat Asar berjamaah, diikuti tadabbur surah al Alaq yang disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Khairul Azmi Ismail, disusuli tahlil ringkas dan persediaan iftar.

Usai solat Maghrib dan Isyak berjamaah, peserta mengambil tempat bagi mengikuti Forum Nuzul Quran yang dipengerusikan Mudir Maahad Tahfiz Al Quran Al Haq, Muadzam Shah, Ustaz Muhammad Ikram Mazlan.

Seramai tiga orang ahli panel dijemput iaitu Pengerusi NGO Sahabat Huffaz Pahang, Ustaz Dr Felza Zulhibri Abd Hamid, Pengerusi PMPS Pahang merangkap Mudir Maahad Tahfiz Darul Abrar Bentong, Ustaz Roslan Md Esa,dan Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan, Ustaz Khairul Azmi Ismail.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan mudir-mudir maahad tahfiz terlibat disampaikan oleh Timbalan Pengerusi MANTAP, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih.

PMPS-MANTAP digerakkan di bawah Dewan Ulamak PAS negeri berhasrat mengangkat martabat semua pondok dan maahad serta Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri di samping memfokuskan peranan menjaga kebajikan serta sumbangan kepada perjuangan Islam. – HARAKAHDAILY 21/3/2025

- Advertisement -