ADUN edar bubur kanji, apron kepada peniaga bazar

- Advertisement -

PADANG TERAP: Bubur kanji atau bubur lambuk, antara makanan yang diminati ramai untuk dijadikan juadah ketika berbuka puasa.

- Advertisement -

Kelazimannya, bubur kanji ini tidak dijual tetapi dimasak serta diedarkan secara percuma oleh pihak tertentu kepada masyarakat setempat.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang, hari ini mengedar serta mengagihkan bubur kanji kepada orang ramai sekitar Bazar Ramadan Pekan Kuala Nerang.

Edaran itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Sempena itu juga, beliau turut mengedarkan apron Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 kepada para peniaga di bazar tersebut.

Beliau sebelum itu, hadir ke majlis penyerahan Beras Sejahtera kepada 20 penerima dari Kampung Rambutan dan Kampung Bukit Nyamuk yang diadakan di Surau Kampung Rambutan. 

Sementara semalam, agihan bubur kanji juga diadakan di Bazar Ramadhan Kilang Gula dan pada kesempatan itu, Munir turut beramah mesra bersama para peniaga bazar berkenaan.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan berusaha melawat dan meninjau di Bazar Ramadan sekitar DUN Kuala Nerang, sepanjang Ramadan ini. – HARAKAHDAILY 9/3/2025

- Advertisement -