Selepas 2 tahun Anwar terajui kerajaan, rakyat masih terbeban

Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerajui kerajaan, rakyat masih berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

- Advertisement -

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata, walaupun kerajaan berbangga dengan pertumbuhan ekonomi negara, realiti di lapangan menunjukkan harga barang keperluan, kos pendidikan dan perubatan terus melonjak.

“Harga barang naik, kos pendidikan naik, kos perubatan naik, semuanya naik,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, menurut kajian penyelidik bebas terdapat lebih 35 peratus rakyat menganggap kos sara hidup sebagai isu utama yang mereka hadapi.

Selain itu, katanya, penarikan subsidi diesel bernilai RM4 bilion turut dipersoalkan, dengan rakyat ingin tahu ke mana dana tersebut disalurkan memandangkan keadaan ekonomi mereka masih terhimpit.

“Subsidi diesel ditarik balik dengan dikatakan mencecah RM4 bilion. Ke mana perginya RM4 bilion ini? Konon wang ini nak digunakan untuk meringankan beban rakyat tetapi rakyat terus terbeban dengan masalah-masalah kos sara hidup,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/2/2025

- Advertisement -