Apa patut dielak supaya tidak timbul ketegangan kaum

Dr Halimah Ali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dr Halimah Ali (PN-Kapar) mempersoalkan sejauh mana fungsi keberkesanan jawatankuasa pengurusan isu perpaduan, khususnya dalam meredakan polemik dalam konteks perpaduan dan keharmonian masyarakat.

- Advertisement -

Ini, ujarnya selepas beberapa siri isu kontroversi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sadwic ham dan sebagainya.

“Kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah daripada ketua mereka (penjawat awam) menteri, ketua menteri dan orang-orang politik.

“Jadi adakah mereka mempunyai kuasa mahu dan tahu serta berani menyatakan apakah yang sepatutnya dielakkan supaya tidak timbul ketegangan kaum dan agama,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam jawapannya berkata, di bawah inisiatif kertas sendiri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) yang di dipengerusikan oleh Ketua Setiausha Negara (KSU) sendiri dan seperti yang telah disebutkan tadi.

“Selain kementerian kita, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi, Industri Pendidikan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) serta Asia Region Regional Centre for Counter Terrorism,” katanya.

Dr Halimah dalam soalan asal meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan apakah kementerian mempunyai garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

Beliau juga meminta senarai jabatan dan agensi  kerajaan yang telah difahamkan mengenai isu kritikal ini. – HARAKAHDAILY 12/2/2025

- Advertisement -