Gempa bumi lemah landa Kota Marudu 

Kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10.39 pagi tadi. Foto Malaysian Meteorological Department
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.8 pada skala Ritcher dilaporkan berlaku di Kota Marudu, Sabah, pukul 10:39 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi tersebut berlaku di koordinat 6.3 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur pada jarak 27 kilometer (km) Selatan dari Kota Marudu.

“Gempa bumi dengan kedalaman 10 km itu turut menyebabkan gegaran dirasai sekitar Kota Marudu, Sabah dan kawasan sekitarnya,” demikian menurut kenyataan itu, hari ini.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan terbabit.

- Advertisement -

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang aduan kerosakan atau panggilan.

“Pihak bomba kini sedang membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis berisiko di daerah berkenaan,” katanya – HARAKAHDAILY 10/2/2025

- Advertisement -