Rushdan persoal inisiatif kerajaan atasi 5G di Perlis

Rushdan Rusmi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai langkah yang diambil bagi menangani isu capaian 5G yang rendah dalam kalangan penduduk, khususnya di Perlis.

- Advertisement -

Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar), mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai insentif khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah beralih kepada teknologi 5G, memandangkan banyak kawasan masih menghadapi masalah liputan yang tidak stabil.

“Kami telah menjalankan kajian di sepuluh lokasi menggunakan aplikasi Ookla dengan tiga peranti berbeza, iaitu U Mobile, Digi, dan Celcom, hasilnya, masih banyak kawasan yang belum mendapat liputan baik.

“Kami juga mendapati isu utama bukan hanya berkaitan capaian, tetapi juga masalah peranti 5G yang tidak digunakan oleh penduduk. Apakah inisiatif kementerian untuk mengatasi masalah ini? Adakah terdapat insentif bagi membantu golongan berpendapatan rendah beralih ke 5G?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, mengakui, kadar langganan 5G di Perlis masih rendah, dengan hanya 50,000 pengguna atau 17 peratus daripada jumlah penduduk negeri itu yang dianggarkan seramai 284,000 orang.

“Peratusan ini jauh lebih rendah berbanding purata nasional. Sehingga 31 Disember lalu, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 18.19 juta langganan 5G di seluruh negara.

Pada soalan asal, Rushdan meminta penjelasan mengenai status pelaksanaan fasa dua Projek Readpoint of Present John Utara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), termasuk di Padang Besar. – HARAKAHDAILY 5/2/2025

- Advertisement -