Apa strategi lonjakkan jenama francais Bumiputera

Datuk Muslimin Yahaya
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bagaimana strategi bagi melonjakkan jenama francais Bumiputera, termasuk melalui kerjasama dengan negara-negara ASEAN, demikian soal Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar).

- Advertisement -

Beliau mengemukakan soalan tambahan itu ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, sama ada kerajaan menyediakan insentif atau dana padanan bagi mengukuhkan jenama tempatan di peringkat antarabangsa.

“Soalan saya, apakah pihak kementerian telah menggariskan strategi bagi melonjakkan jenama francais Bumiputera, termasuk meneroka jenama melalui kolaborasi strategik dengan negara-negara anggota ASEAN, mungkin dari segi insentif, dana padanan dan sebagainya?” soalnya.

Dalam soalan asal, beliau meminta penjelasan daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengenai pelan terkini Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terhadap pembangunan Dasar Pembangunan Usahawan Francais Nasional 2030 bagi memperkasa ekosistem keusahawanan francais, termasuk pemusatan tadbir urus industri, serta jumlah inisiatif pembiayaan dan latihan yang telah disalurkan kepada usahawan francais.

Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM), katanya, merupakan platform penting bagi syarikat francais tempatan dan Bumiputera untuk mempromosikan perniagaan serta menunjukkan potensi transformasi ke arah konsep francais. – HARAKAHDAILY 4/2/2025

- Advertisement -