Perkembangan mutakhir dunia Islam (2 Feb 2025)

- Advertisement -

PENCABULAN baharu gencatan senjata di Semenanjung Gaza: Seorang warga Palestin terkorban manakala beberapa orang lagi dilaporkan cedera selepas tentera penjajah rejim Zionis Israel melancarkan serangan dan mengebom sebuah kenderaan di kem pelarian Nuserat, tengah Semenanjung Gaza. [1]

Kumpulan pejuang Palestin di Tebing Barat terus bertempur dengan  tentera penjajah rejim Zionis Israel di Tebing Barat hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan di kalangan tentera penjajah rejim Zionis Israel di sebalik serangan berterusan ke atas Jenin, Tulkarm dan Tubas. [2]

Sekurang-kurangnya 6 warga Palestin terkorban dengan beberapa orang lagi dilaporkan cedera berikutan serangan udara dan serbuan berterusan tentera penjajah rejim Zionis Israel di Tebing Barat. [3]

Kumpulan pejuang baharu Syria bertekad untuk melancarkan ‘serangan mengejut’ ke atas tentera penjajah rejim Zionis Israel dan kumpulan HTS yang mentadbir Syria. [4]

- Advertisement -

Britain dan Amerika Syarikat mengetahui rancangan regim penjajah Zionis Israel untuk mengusir keluar rakyat Palestin ‘secara paksa’ dari Semenanjung Gaza ke Mesir. [5]

The Washington Post mendedahkan bahawa tentera penjajah rejim Zionis Israel telah dan sedang membina pos dan kem tentera di selatan Syria, menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan. [6][7]

Menteri Kewangan negara haram Israel Bezalel Smotrich menggesa Benjamin Netanyahu untuk bekerjasama dengan Donald Trump bagi ‘mengenakan’ kedaulatan negara haram Israel ke atas Tebing Barat, menghapuskan HAMAS dan memusnahkan Iran. [8]

Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu sebelum berlepas ke Amerika Syarikat menyatakan bahawa beliau akan mengubah ‘wajah’ Timur Tengah dan membincangkan isu kritikal dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump termasuk mengalahkan HAMAS dan menghadapi ‘Axis of Resistance’ yang diterajui Iran. [9]

Presiden Syria Ahmad al-Sharaa telah tiba di Arab Saudi dalam rangka lawatan pertama keluar negara sejak mengumumkan pelantikannya sebagai Presiden ‘kerajaan peralihan’ Syria. [10]

Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al-Thani menggesa semua pihak agar terus komited untuk memulakan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan tidak ada kompromi. [11]

Ahli politik Islamofobia Denmark-Sweden Rasmus Paludan sekali lagi mencemarkan kesucian al-Quran apabila membakarnya di hadapan Kedutaan Turkiye di Conpanhagen, Denmark. [12]

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 3/2/2025

Rujukan: 

[1]https://www.raialyoum.com/%d8%ae%d8%b1%d9%82-%d8%ac%d8%af%d9%8a%d8%af-%d9%84%d8%a7%d8%aa%d9%81%d8%a7%d9%82-%d9%88%d9%82%d9%81-%d8%a7%d9%84%d9%86%d8%a7%d8%b1-%d9%81%d9%8a-%d8%ba%d8%b2%d8%a9-%d8%b4%d9%87%d9%8a%d8%af-%d9%88/ 

[2]https://english.almayadeen.net/news/politics/west-bank-resistance-inflicts-losses-on-iof-amid-tulkarm–je 

[3]https://www.presstv.ir/Detail/2025/02/02/742018/Israeli-strikes-kill-six-Palestinians,-injure-several-in-expanding-West-Bank-onslaught 

[4]https://www.presstv.ir/Detail/2025/02/02/742010/Syria-new-resistance-group-attacks-Israel-terrorist-gangs-Jolani 

[5]https://www.presstv.ir/Detail/2025/02/02/742043/British-Documents-Reveal-Us-Uk-Informed-Of-Israelis-Secret-Plan-To-Transfer-Palestinians-From-Gaza-To-Egypt-More-Than-50-Years-Ago-British-Documents-Reveal 

[6]https://www.washingtonpost.com/world/2025/02/02/israel-syria-golan-ceasefire-line/ 

[7]https://www.aljazeera.net/news/2025/2/2/%D8%B9%D8%A7%D8%AC%D9%84-%D9%88%D8%A7%D8%B4%D9%86%D8%B7%D9%86-%D8%A8%D9%88%D8%B3%D8%AA-%D8%A5%D8%B3%D8%B1%D8%A7%D8%A6%D9%8A%D9%84-%D8%AA%D8%A8%D9%86%D9%8A-%D9%85%D9%88%D8%A7%D9%82%D8%B9 

[8]https://www.raialyoum.com/%d8%b3%d9%85%d9%88%d8%aa%d8%b1%d9%8a%d8%aa%d8%b4-%d9%8a%d8%af%d8%b9%d9%88-%d9%86%d8%aa%d9%86%d9%8a%d8%a7%d9%87%d9%88-%d8%a5%d9%84%d9%89-%d8%a7%d9%84%d8%b9%d9%85%d9%84-%d9%85%d8%b9-%d8%aa%d8%b1%d8%a7/ 

[9]https://www.raialyoum.com/%d9%86%d8%aa%d9%86%d9%8a%d8%a7%d9%87%d9%88-%d8%ba%d9%8a%d8%b1%d9%86%d8%a7-%d9%88%d8%ac%d9%87-%d8%a7%d9%84%d8%b4%d8%b1%d9%82-%d8%a7%d9%84%d8%a3%d9%88%d8%b3%d8%b7-%d9%88%d8%b3%d8%a3%d8%a8%d8%ad%d8%ab/ 

[10]https://www.aljazeera.net/news/2025/2/2/%D8%B9%D8%A7%D8%AC%D9%84-%D9%88%D8%B5%D9%88%D9%84-%D8%A7%D9%84%D8%B1%D8%A6%D9%8A%D8%B3-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%88%D8%B1%D9%8A-%D8%A3%D8%AD%D9%85%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9-%D8%A5%D9%84%D9%89 

[11]https://www.raialyoum.com/%d9%82%d8%b7%d8%b1-%d8%aa%d8%af%d8%b9%d9%88-%d9%84%d8%a7%d9%86%d8%ae%d8%b1%d8%a7%d8%b7-%d9%81%d9%88%d8%b1%d9%8a-%d8%a8%d9%85%d9%81%d8%a7%d9%88%d8%b6%d8%a7%d8%aa-%d8%a7%d9%84%d8%ac%d9%88%d9%84%d8%a9/ 

[12]https://www.presstv.ir/Detail/2025/02/02/742032/Swedish-Danish-far-right-politician-Rasmus-Paludan-once-again-desecrates-Holy-Qur%E2%80%99an 

- Advertisement -