
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Sarawak dijangka sehingga jam 1:00 tengah hari, hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan dan Sri Aman.
.
“Selain itu, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Mukah (Dalat dan Mukah),” katanya menerusi kenyataan itu.
Kelajuan angin di Sarawak dilaporkan berada pada tahap 30 hingga 40 km/j, dengan air laut berada di paras 1.5 hingga 2.5 meter.
MetMalaysia turut menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web rasminya di www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia.
Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – HARAKAHDAILY 3/2/2025











