Perkukuh keharmonian kaum sempena Tahun Baru Cina

- Advertisement -

KALABAKAN: PAS Kawasan Kalabakan meneruskan komitmen dalam memperkukuhkan keharmonian antara kaum melalui program edaran hamper sempena Tahun Baru Cina di sekitar Kampung Sin San, Pasir Putih, kelmarin.

- Advertisement -

Program itu bertujuan mempererat hubungan silaturahim antara kepelbagaian kaum yang terdapat di kawasan Kalabakan.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan, Ahmad Dullah, Naib Yang Dipertua, Usman Madeaming, Ketua Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial, Norjannah Jamjam, Ketua Biro Dakwah Semi Senang, Ketua Ameerah, Noorsafina Abd Yassin serta wakil Dewan Pemuda PAS kawasan.

Sebanyak enam buah rumah masyarakat Cina yang diziarahi dan diberikan hamper sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan hubungan antara kaum.

Menariknya, kebanyakan penerima hamper kali ini merupakan warga emas berusia antara 80 hingga 90 tahun yang masih sihat dan ceria menyambut kedatangan rombongan.

Ahmad mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan khas kepada mereka semasa edaran dilaksanakan.

Beliau turut menegaskan bahawa PAS Kalabakan sentiasa komited dalam usaha membina hubungan baik dengan semua lapisan masyarakat.

“Islam mengajar kita untuk saling menghormati dan menyantuni jiran tetangga tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

“Melalui program seperti ini, kita dapat menyampaikan mesej bahawa perpaduan dan keharmonian adalah asas dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya lagi.

Norjannah pula berkata program kebajikan sebegini akan terus diperluaskan bagi memastikan PAS Kalabakan sentiasa dekat dengan masyarakat. HARAKAHDAILY 2/2/2025

- Advertisement -