PAS Kota Bharu usaha bangunkan SRITI Al-Fateh

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Kawasan Kota Bharu melalui Dewan Pemuda PAS Kawasan menandatangani perjanjian sewaan antara Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) Al Fateh dan Yayasan Nik Yahya, di sini.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kawasan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, menerusi usaha tersebut membolehkan operasi SRITI Al Fateh dijalankan bangunan dahulunya dikenali Sekolah Inggeris Kelantan (KES).

Beliau berkata, PAS Kawasan menerima cadangan Dewan Pemuda PAS Kawasan sebagai pengelola SRITI untuk menjadi KES sebagai tempat baharu bagi melaksanakan satu lagi produk pendidikan dibawah entiti itu.

“Dengan keadaan tempat ini yang sangat strategik untuk sebuah sekolah, SRITI ini pindah ke sini menjelang 17 Februari depan daripada tempat lama di jalan Long Yunus, kita rasa selesa.

“Jadi mereka bawa kepada kami peringkat PAS Kawasan, kami pun setuju dan kami pun sama-sama mengusahakan supaya jadi betul-betullah beri keselesaan 267 pelajar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian sewaan antara kedua-dua belah pihak di bangunan SRITI al Fateh di Kampung Sireh, di sini semalam.

Turut hadir dalam majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Shaari Mat Yaman; Penyelia DUN Kota Lama, Dato’ Zamri Ismail dan Pengerusi Yayasan Nik Yahya, Junaidi Abdullah.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, selepas menerima cadangan tersebut pihaknya mengerakkan kempen untuk mengumpul dana bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih serta pembersihan SRITI itu.

“Kos baikpulih agak tinggi tetapi itulah saya nak sebutnya ini adalah hasil sumbangan penyumbang yang kita minta sama ada syarikat korporat, individu, ahli kita dewan-dewan, alhamdulillah kita berjaya.

“‘Initial’ dia punya ini ‘not less than’ RM300,000, dalam masa dua bulan sahaja kita dapat kutip sumbangan ini dan kita terpaksa sedia untuk baikpulih bangunan ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/2/2025

- Advertisement -