Jalur gencatan senjata tamat perang Israel-Hamas

- Advertisement -

KABINET Israel meluluskan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan di antara pejuang Palestin, Hamas, di Semenanjung Gaza, dipetik dari sumber media pascapengumuman dari pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang dijadualkan Ahad minggu ketiga Januari 2025.

- Advertisement -

Perang yang sudah berlangsung selama 15 bulan sejak 7 Oktober tahun lalu di wilayah Palestin yang dikuasai Hamas telah meragut nyawa lebih 46,000 dan lebih 107,000 cedera dan cacat anggota dari 2.3 juta populasi penduduk seperti dilapor Kementerian Kesehatan Palestina

Analisis statistik yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet oleh para akademisi dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, Universitas Yale, dan universiti lain yang menggunakan metodologi statistik menghitung jumlah korban dan tewas akibat operasi udara dan darat Israel di Gaza antara Oktober 2023 dan akhir Jun 2024.

Perang genosida di Jalur Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu telah diresolusikan gencatan senjata oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) namun berdasarkan rekod Israel sering mengingkari undang-undang antarabangsa. Israel memperlihatkan sikap tidak menghormati gagasan keamanan dunia malah gagal mematuhi perjanjian-perjanjian gencatan senjata terdahulu, termasuk dengan Hezbollah. Malah pemimpinnya suka berkonfrontasi dan langsung tidak menghormati mana-mana perjanjian atauundang-undang.

Meskipun Pengadilan Kriminal Internasional (ICC) mengeluarkan surat perintah penangkapan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas kejahatan perang dan kemanusiaan serta kasus genosid di Gaza namun korban rakyat Palestin terus meningkat kepada 119 orang akibat serangan bom di kawasan Mawasi, barat Khan Younis di Selatan kawasan itu beberapa jam diumumkan perjanjian gencatan senjata.

Rangka tindakan pemulangan tebusan berjadual pasca perjanjian mengikut perunding utama Amerika Syarikat (AS), Brett McGurk selaku wakil Rumah Putih, bermula Ahad dengan tiga tebusan wanita akan dibebaskan ke Israel melalui Palang.

Ketetapan perjanjian melalui tiga peringkat, iaitu fasa enam minggu pertama saling pertukaran tebusan di antara Hamas-Israel. Sebanyak 33 daripada 98 tebusan Israel, termasuk wanita, kanak-kanak dan lelaki berusia lebih 50 tahun, dijadualkan dibebaskan dalam fasa pertama ini. Israel pula akan membebaskan semua wanita dan kanak-kanak Palestin di bawah umur 19 tahun yang berada di penjara Israel menjelang akhir fasa pertama. Senarai nama 95 tahanan Palestin yang akan dibebaskan akan diumumkan oleh Kementerian Kehakiman Israel pada hari Jumaat.

Gencatan senjata dan pembebasan tebusan tanpa makna jika sikap konfrontasi masih wujud. Rumah Putih menjelang pelantikan Presiden Trump mesti tegar dan konsisten seruan keamanan dunia malah suara vokal warganya yang menuntut pembangunan di wilayah sendiri pascabencana kebakaran dahsyat yang menyebabkan kerugian ratusan bilion dolar.

Oleh itu, pemantauan PBB dan pejuang keamanan dunia tidak muluk di atas teks tetapi menjadi wadah jalur gencatan senjata tamat perang Israel-Hamas.. – HARAKAHDAILY 19/1/2025

Dr. Zulkeflee Yaacob

Penulis ialah Psikososio sebuah universiti awam.

- Advertisement -