Perjumpaan Exco, JKR fokus pembangunan 2025

- Advertisement -

KOTA BHARU: Satu perjumpaan khas telah diadakan antara Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, Dato’ Dr. Izani Husin, bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri serta semua jurutera jajahan.

- Advertisement -

Dalam perjumpaan tersebut, perancangan strategik JKR bagi tahun 2025 telah dibentangkan termasuk status projek-projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di negeri ini.

Menurut Dr. Izani, perbincangan mendalam turut diadakan bagi mengenal pasti isu-isu berbangkit serta langkah terbaik untuk menanganinya.

“Walaupun berdepan dengan kekangan peruntukan, saya amat menghargai dedikasi pihak JKR yang terus komited memberikan khidmat terbaik untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha gigih akan dilakukan untuk memastikan setiap isu, sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan, dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Dr. Izani berharap kerjasama erat antara JKR dan Kerajaan Negeri Kelantan dapat memperkukuhkan pembangunan infrastruktur yang lebih mampan.

“Fokus kami adalah untuk memastikan manfaat besar dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Kelantan,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 14/1/2025

- Advertisement -