
SIK: Tawaran kebajikan kerajaan negeri tidak hanya kepada golongan kurang berkemampuan atau pesakit kronik dan seumpamanya, tetapi juga meliputi keperluan komuniti atau kampung.
Beberapa kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantik, menerima sumbangan peralatan bagi tujuan kenduri-kendara.
Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Ahmad Sulaiman pada majlis ringkas di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN beliau, semalam.
Katanya, permohonan peralatan kenduri itu diterima beliau daripada Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) mewakili beberapa buah kampung sekitar DUN Belantik.
Oleh itu, beliau mengharapkan peralatan kenduri itu dimanfaat dan dijaga dengan sebaiknya.
“Semoga sumbangan ini dapat membantu penduduk kampung memudahkan urusan majlis kenduri selain memperkukuhkan ikatan kejiranan.
“Jangan hanya simpan dalam stor, tidak digunakan dan rosak,” pesan beliau.
Antara kampung-kampung yang menerima sumbangan itu termasuklah,
Kampung Charuk Senduk, Kampung Bukit Berangan, Kampung Banggol Kiat dan Kampung Sungai Senam.
Juga, Kampung Bendang Man, Kampung Dusun, Kampung Kota Aur, dan Kampung Chepir.
Peralatan kenduri itu antaranya, pinggan mangkuk, dapur, bekas nasi dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 7/1/2025











