Bergema laungan amaran terhadap Hannah, Kor Ming

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pimpinan dan ahli parti-parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO) peserta ‘Himpunan Bangkit Ummah’ telah melontarkan peringatan keras terhadap pihak yang mengganggu-gugat keharmonian umat Islam di negara ini.

- Advertisement -

Himpunan anjuran Pemuda PAS, Bersatu dan beberapa NGO Islam itu bermula di Masjid Jamek, Kampung Baru selepas solat Jumaat disusuli perarakan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan polis.

Peserta yang berarak turutmembawa plakad tertera amaran antaranya ‘Jangan Ganggu Islam’ dan ‘DAP Mesti Hormat Perlembagaan’ sambil diiringi laungan ‘Tolak DAP’, ‘Hancur DAP’, ‘Pecat Hannah’ dan ‘Pecat Nga’.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Hafez Sabri berkata, laporan polis dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Jelas beliau, kedua-dua individu tersebut seperti diketahui, telah melakukan tindakan serta perbuatan yang mengganggu keharmonian umat Islam dalam negara ini.

“Laporan terhadap Yeoh dibuat susulan penerbitan buku berjudul ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus. Manakala Nga pula mengadakan sambutan Krismas di pejabat kerajaan.

“Himpunan ini memberi peringatan tegas kepada DAP supaya jangan ganggu gugat umat Islam negara ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri Manjoi, Perak.

Turut hadir adalah Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz dan Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid serta Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Mohd Zai Mustaffa.

Selain turut sama Presiden Perkasa, Syed Hasan Syed Ali serta aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard. – HARAKAHDAILY 3/1/2025

- Advertisement -