Seru munajat malam Jumaat pertama Rejab

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru umat Islam di seluruh negara agar dapat melaksanakan solat hajat serta munajat pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab dan tahun baru 2025 ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Ahmad Yahaya, berkata, ia dilaksanakan khusus untuk mendoakan kesejahteraan negara daripada sebarang bentuk ancaman sama ada yang hadir dalam bentuk yang zahir mahupun sebaliknya.

“Dewan Ulamak PAS Negeri serta Kawasan diminta untuk menguruskan solat di tempat masing-masing.

“Solat hajat beserta munajat boleh dilaksanakan secara berjemaah mahupun bersendirian serta boleh dilakukan pada awal malam mahupun sepertiga akhir malam.

“Terserah kepada kapisiti masing-masing,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, perkara yang mustahak adalah pelaksanaan dan doa kepada Rabbul Jalil untuk memohon perlindungan terhadap agama, bangsa, dan negara daripada pencerobohan musuh-Nya.

“Semoga Allah SWT melindungi dan menyelamatkan Malaysia daripada sebarang bentuk musibah dan kecelakaan insya-Allah.

“Semoga mengalir keberkatan pada malam Jumaat dalam bulan Rejab kepada kita semua insya-Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/1/2025

- Advertisement -
- Advertisement -