
HAMAS: Tuntutan baharu rejim Zionis Israel melewatkan lagi gencatan senjata Gaza. [1]
Media Israel: Serangan peluru berpandu balistik dan dron dari Yaman menjadikan pendatang haram Yahudi seperti ‘Zombie’. [2]
Pesawat Azerbaijan terhempas. Pesawat yang membawa 67 orang penumpang terhempas menyebabkan 38 penumpang terbunuh. [3]
Tentera Sudan berjaya menawan pelabuhan Darfour. Konflik di Sudan tidak menunjukkan akan reda dalam masa terdekat apabila tentera Sudan pimpinan Burhan yang mengetuai kerajaan yang sah terus mengasak kumpulan pemberontak pimpinan Hamidati. [4]
Erdogan mengancam untuk menghapuskan kumpulan militia Kurdis di Syria jika mereka enggan menyerah. [5]
Pengawal Revolusi dan angkatan tentera Iran akan melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran dan ‘terkuat’ dalam masa beberapa hari lagi. Latihan ini adalah persedian Republik Islam Iran terhadap ancaman serangan daripada Zionis Israel yang dijangka menyasarkannya pada bila-bila masa. [6]
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat (US). Lebih 300 premis Starbucks ditutup di US apabila pekerjanya mengadakan mogok. [7]
Zionis Israel melihat peluang untuk merombak kembali Timur Tengah selepas perang. [8]
“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”
USTAZ DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negara PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 26/12/2024
Rujukan:
[1]https://english.almayadeen.net/news/politics/new-israeli-demands-delayed-gaza-ceasefire-deal–hamas
[3]https://www.bbc.com/news/articles/cjwl1e6895qo
[4]https://www.aljazeera.net/politics/2024/12/23/استعادة-الجيش-قاعدة-الزرق-بدارفور
[5]https://www.presstv.ir/Detail/2024/12/25/739716/Turkey-Erdogan-Syria-Kurdish-militants-SDF-YPG-US-
[7]https://www.aljazeera.net/ebusiness/2024/12/25/starbucks-strike-expands-300-us-branches











